Monday, December 10, 2018

Cookies by Yusa, kini dibuka di Sunway Putra Mall.



Produk Usahawan Bumiputera Halal | Siapa la yang tak suka beli pes, pelbagai jenis biskut, sambal yang pelbagai (Ready To Eat)...eh macam-macam lagi laa...Kalau korang mencari pelbagai jenis produk usahawan bumiputera, yang halal...boleh la singgah Cookies by Yusa, kini dibuka di Sunway Putra Mall.

Minggu lepas Sally ke Majlis Perasmian Yusa Food Product yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail. Memang teruja la kan bila dapat one-stop center untuk beli semua produk-produk ini...

Sally bukannya sejenis manusia yang suka scroll Instagram untuk mencari pelbagai jenis makanan, kadang tu yang mana nampak jela yang dicari...tapi bila jumpa Cookies by Yusa, huihhhh...rupanya ramai usahawan dan banyak jenis produk sebenarnya yang ada dipasaran. Ada hampir 200 jenis produk dibawah Yusa Food Product.



Antara produk-produk yang boleh korang dapatkan di Cookies by Yusa ini adalah seperti Kerepek Popia Rumpai Laut, Jejari Ketam Berempah, Samza's Sambal Hijau, Samza's Perencah Masak Merah, Wansha Rempah Sup Utara, Freezy Layer Cake Chocolate, Daffodil Crunchy Karamel Nuts, Fruitissimo Marble Cheese Brownies, Royale Fruitcake Almond Flakes, Salis Crunchy PopRice (inang-inang berperisa jagung, pedas, bawang putih) dan banyak lagi.













Selain daripada itu korang juga boleh membeli pelbagai jenis sambal yang ada dijual di Yusa Food Products ni. Ada satu sambal daripada Aluya, Acar Ikan Masin mmg favorite Sally la...sebotol bawak balik rumah, abang Sally habiskan! Rasa nak sekeh kepala dia, kita baru makan sekali tgk botol dah kosong...haha



Ada juga kerepek, rempeyek, variasi kek dan biskut, makanan segera, frozen food seperti roti canai dan paratha, coklat dan bermacam-macam lagi...jangan tak tau, kat sini pun korang boleh dapatkan Gochujang, pes Bulgogi, pes Bibimbap dan pelbagai jenis pes style Korea. Iye, #KakakKimchi ada dimana-mana...hahahaha (Instagram: @ommason.hq)



Yusa Food Products yang dibuka di Sunway Putra Mall merupakan cawangan kelima mereka sejak ditubuhkan pada 2015 yang lalu. Cawangan-cawangan Yusa Food Products lain ada di:

↪ SACC Mall, Shah Alam
↪ The Curve, Damansara
↪ Publika, Solaris Dutamas
↪ Melawati Mall, Taman Melawati

So, kalau korang mencari makanan yang viral di Instagram, produk-produk makanan daripada usahawan yang terkenal dan semestinya halal, boleh la ke mana-mana cawangan Cookies by Yusa yang berdekatan! Sokonglah barangan buatan Malaysia! Boleh singgah ke laman Facebook: Yusa Food Products dan Instagram: @YusaFoodProducts

4 comments:

  1. Senang bila semuanya satu tempat je. Bolehlah singgah sini lepasni. Sambal hijau tu macam memanggil pulak haha

    ReplyDelete
  2. Banyak jgk ya rupanya produk2 mcm ni.. Senang bila berada pada satu tempat..

    ReplyDelete
  3. Swnang ni.. Dekat sini dah ada macam2 produk.. Okk nanti nak pergi tengok sendiri.. Mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Wow!!! spotted a few products that I want to buy from them. The sambal hijau looks tempting.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!