BLACKPINK akan ke Malaysia, Februari 2019!


BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR


DDU-DU DDU-DU ~ BLACKPINK ~ Aye aye ~ BLACKPINK ~ Aye aye ~

Rasanya semua kenal BLACKPINK...Lagi² lepas mereka dilantik jadi duta Shopee, beratus kali la nampak kat TV..Yes, adik-adik... #KakakKimchi takkan pernah menghampakan korang, ini Sally dapat tau BLACKPINK nak datang Malaysia! Harusnya kena kongsikan! MacpiePro sekali lagi membawakan artis dibawah naungan YG Entertainment (selepas kejayaan konsert WINNER dan iKON pada Oktober lepas), BLACKPINK yang akan menemui peminat di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019.

Untuk konsert kali ini, BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.


BLACKPINK terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016.

BLACKPINK merupakan satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.

Selain itu, BLACKPINK pernah berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu
berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini telah menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot100 lebih dari satu kali.

Dengan perjanjian rekod global baharu bersama Interscope Records dan pelancaran solo album dan single oleh setiap ahli, BLACKPINK bakal menggegarkan industri KPOP bagi tahun 2019 dan akan datang.


BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR


Konsert BLACKPINK bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.

Tiket konsert berharga RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) dan boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12/12/2018 tepat jam 12 tengahari.


MCALLS SELAKU PENAJA TITANIUM
BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA]
KUALA LUMPUR


Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan penyedia
perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang
berpatutan.

Kalau nak tau, korang berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket apabila melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket
konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.


Pakej HITS memberi kelebihan kepada peminat untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan jaminan kemasukan.

Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS.
Pakej HITS boleh didapati di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup Mcalls berdekatan korang. Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Pakej HITS Mcalls, boleh layari
mcalls.asia/deals/blackpink atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233
(Isnin - Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang).

Post a Comment

9 Comments

  1. sebenarnya aku tak tau kumpulan ini tau. si alisa yang ajar hahahahha..ikut plsssss

    ReplyDelete
  2. Woww! Kawan Nani ada jugak yang beli tiket konsert ni nanti. Kemain lagi masing masing dah tak sabar nak tunggu bulan dua. Hahahah!

    ReplyDelete
  3. wow! ingatkan tiket dah terhabis jual. ada diskaun ye? confirm ramai peminat blackpink rebut peluang ni.

    ReplyDelete
  4. kak Rose memang minat Blackpink tau. terutama Jennie.. comel. hihi

    ReplyDelete
  5. Lagu dia sedap.. Asyik nak menyebut je..zaza pun tak kenal kmpulan ni..ni pun ank buah yg la bgthu

    ReplyDelete
  6. Yang minat artis korea memang sukalah.. macam akak artis korea sekarang memang tak kenal yg akak kenal jang nara, rain dgn won bin . hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah! I can't wait to see them here.

    ReplyDelete
  8. Alaaa.. Kita ni x kenal sangat artis2 luar ni. Haha
    Banyak ketinggalan.

    ReplyDelete
  9. Teringin nak jumpa artis K-pop ni tak pernh jumpa. Bestnya,mesti feelnya lainkan bila dpt jumpa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!