Tuesday, December 18, 2018

Teraso Salai | Masak Lemak Cili Api Salai Paling Padu di Kuala Lumpur!


(Salai) Daging, Itik, Ayam, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api | Siapa yang kenal Sally memang tau Sally peminat daging salai masak lemak cili api...even masa kat bermastautin kat Korea 6 bulan tahun lepas pun benda yang paling teringin nak makan tetap Masak Lemak Cili Api. Nak kata orang nogori bukan jugak tapi pendek kata kalau dah favorite tuuu...tak pandang benda lain dah!


Minggu lepas Sally ke Teraso Salai, lubuk Daging, Itik, Ayam, Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api paling padu kat KL ni...Untuk korang yang nak merasai sendiri, boleh la ke Restoran Gerak 23 di Kg Baru atau kalau berdekatan dengan area KLCC, boleh ke Wisma Central.

Kenapa korang kena cuba Teraso Salai?


Selari la dengan nama dia, bayangkan isi ayam, daging, itik yg di salai secara perlahan selama berjam-jam (biasanya makan masa 5-6 jam) membuatkan isinya lembut dan memang terasa asap salainya!

Sally yang tak sihat ni pun boleh habiskan dua mangkuk Daging Masak Lemak Cili Api. Untuk pengetahuan korang, Sally mmg tak makan ikan keli, jadinya Sally review itik, ayam, daging jela..hahaha...Sally rasa kahwin nanti tak jadi la nak hidangkan Nasi Ayam, nak tukar nasi makan dengan Masak Lemak Cili Api! Haha!


Untuk harga pulak, Sally rasa berbaloi la dengan portion dan apa yang dihidangkan, semangkuk Daging Masak Lemak Cili Api dihidangkan dengan nasi, ikan masin, sambal hijau dan ulam timun baru je RM8.00. Kalau set Ayam Masak Lemak Cili Api, lagi murah hanya RM7.00! Set Ikan Keli pula hanya RM6.00 dan semestinya Itik Salai dengan harga RM9.00.

Pada Sally rasa pedas dia medium la, untuk orang yang kuat makan pedas macam Sally, tapi lain orang lain la seleranya kan...kalau rasa tak cukup pedas, Teraso Salai bagi free refill sambal...hah, korang makan la sampai pijorrr perut tu..hehe!


Jangan lupa cuba kalau korang peminat (Salai) Daging, Itik, Ayam, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api! Oh, sebelum terlupa...Teraso Salai akan membuka cawangan di Damansara (Podium), MINDEF Jalan Semarak...dan delivery area Putrajaya pada tahun 2019.

Alamat : Wisma Central KLCC dan Restoran Gerak 23, Kg Baru
Masa beroperasi : 10am - 7pm
Facebook : Teraso Salai
Instagram : @teraso_salai

p/s : rasa macam nak pindah sebelah kedai dia je, ke nak sewa suite kat The Four Seasons sebelah Wisma Central tu? hahaha~


[PROMOSI] Kalau korang bernasib baik, setiap set yang korang beli, korang boleh dapat Sandwish Daging Salai ni secara percuma tau...tapi ni limited edition la sebab tu Sally cakap kalau korang bernasib baik boleh la dapat..hahaha

14 comments:

  1. Pernah makan daging salai.. Family member masak.. Perghh mmg sodapp sgt.. Itu first time zaza makan.. Sampai skg teringat2 kesedapannya

    ReplyDelete
  2. tak payah susah susah nak cari masakan lemak cili api lagi dah..datang je teraso salai ni ha.

    ReplyDelete
  3. Maii aiii rasa k.el x nah lglah mkn yg bersalai2 ni..lg2 masak lemak..menduga sggh time puasa ni haha

    ReplyDelete
  4. Mak ai, menggodanya. Harga lak mmg berpatutan sgt. Dulu pernah rasa sekali masakan mcm ni,mmg kena dgn taste.. Ni pun konpon sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak,... masak lemak daging salai tu, kak rose suka..

    ReplyDelete
  6. alahaiii lamanya tak makan ikan keli salai masak lemak cili padi.. perghh dap nyaaaa

    ReplyDelete
  7. Ya ampun.. Kita pun penggemar masak lomak salai ni.. Kenapa tak ajak kita sekali.. Huaa.. Sedap oo nampaknya

    ReplyDelete
  8. wah. TB suka ni.. salai2 ni.. tapi try buat sendiri x jadi.. huwahaha

    ReplyDelete
  9. Kita suka sgt makan semua apa2 jenis masakan lemak.. Sebab fav kita.. Hahaha.. Tapi tempoyak out la sbb xleh masuk kat tekak.. Daging salai msk lomak cili api pon sdp juga kan

    ReplyDelete
  10. Wakk masak lemk cili api fav kita wakk..hmm terliur tengok

    ReplyDelete
  11. Omgggg terliur jap, memang sedap & padu la masak melayu macam ni. Kalau i pergi area tu mesti i nak cuba.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya rasa nak mengulangi pergi makan kat sini hehehe suka walaupun pedas...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!