Friday, November 23, 2018

Sesak nafas sebab yis!



Alergik makanan | Kali terakhir Sally kena alergik pada makanan ialah dalam tahun 2008, nampak tak berapa lama tak kena...masa tuuu kena sebab ikan kembung, kali ni pulak sebab yis. Sally rasa daripada dulu takde pulak masalah dengan yis, dengan roti ataupun segala jenis makanan yang ada kandungan yis.

Nak dijadikan cerita, Sally teringin nak makan donut...jadinya gigih la jugak buat kat dapur...buat semuanya daripada awal...campur tepung, garam, gula, telur etc, semuanya sendiri...semuanya benda yang sejak daripada 28 tahun yang lepas dah makan.

Tapi mungkin ada silap kat mana-mana, atau ada substance dalam yis tu yang tak sesuai dengan badan..Sally rasa lepas makan lidah gatal, tak selesa mcm mkn ikan ke seafood yg tak fresh..ataupun makan benda yang tak sesuai degan kita tuuu tapi ok lagi...Lama sikit tetiba Sally batuk...batuk yang bukan macam kita batuk biasa tapi lebih kepada batuk yang macam kita nak termuntah tuuu...lagi worst, tiba-tiba tekak bengkak, mata bengkak sampai lgsg tak boleh bernafas. Menambahkan sedihnya, dah la sakit, 5x cucuk nak cari urat tak lepas.

Alhamdulillah, lepas berkampung 3 jam dalam zon kuning tuu ni dah boleh keluar. Doktor masukkan ubat alahan dan juga 2 dos neb, kurang la sikit rasa sesak nafas...bengkak pun dah kurang dekat dalam tekak, cuma sekarang bengkak kat mata masih lagi belum surut secara keseluruhan lagi...huhu...Kesimpulannya, beringat la lepas ni...Kalau korang ada simptom yang sama macam Sally, lebih baik ke hospital dengan kadar segera...sebab kalau lama tak masuk oksigen, bahaya pada otak, pada anggota badan kita juga.

9 comments:

  1. Kdg2 dlu xde.. skrg de. Mybe faktor antibodi kot.. so far cik en alahan pd ikan pari je.. yg lain bedal je.. ahahha

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. moga cepat sembuh Sally.. ye, kadang tak tahu kita alah pada apa.. huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Semoga cepat sembuh sally.. Lepas ni jgn makan yeast lagi okay

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh, mungkin yeast tu tak sesuai biasa nak buat donat Mak zira letak yeast

    ReplyDelete
  5. Ya mungkin ada benda kita tak tau boleh jafi balik.. Nasib baik sally peergi hospital cepat.. Cepat sembuh sally

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh, tanda alergi la tu ya. kena cari yang gluten free lepas ni

    ReplyDelete
  7. aduhai..bahayanya...apa agaknya ada dalam yis tu sampai boleh jadi alergik ek..

    ReplyDelete
  8. alergik ni kdg xblh bawak main kan.. kena berhati-hati dengan kandungan makanan..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!