Saturday, November 17, 2018

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen, menyerlahkan kecantikkan dalaman.


SAFI? Minuman Beri Kolagen?

Kalau korang terkejut, Sally pun terkejut juga sebab sebelum ini SAFI hanya dikenali sebagai jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia, tapi kini SAFI bergerak selangkah lebih dengan melancarkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan.

Pernah dengar CANTIK LUAR CANTIK DALAM?


Minuman Beri Kolagen diformulasi khusus dengan manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi. Ianya merupakan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai...dan yang paling penting telah diperakui Halal oleh JAKIM.

Kenapa kita kena amalkan pengambilan kolagen dalam kehidupan seharian?

Kalau korang nak tau, kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Kolagen membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.

Entri berkait : REVIEW | SAFI FAIR BEAUTY & SAFI FAIR BEAUTY BB CREAM.


Minuman Beri Kolagen ini sesuai untuk mereka yang berusia 25 tahun keatas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Senang je nak amalkan pun, hanya perlu mengambil 1 sudu (15g) serbuk pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur. Korang boleh boleh campurkan serbuk kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran korang sebab kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300°C.

Kenapa kena minum sebelum tidur? Ini sebab proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku masa kita tidur. Untuk lebih berkesan, korang boleh gunakan sebarang produk penjagaan kulit muka keluaran SAFI juga contohnya macam krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.


Bahan-bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

1. Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir

2. Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit

3. Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama.


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.

2 comments:

  1. Safi pun dah keluarkan produk minuman kecantikan selain skincare yang biasa kita nampak tu. terbaiklah. makan cantik dengan safi :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!