Thursday, November 1, 2018

REVIEW | SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE


Selain daripada masalah bau, wanita mesti selalu tertanya-tanya, kenapaa kulit di sekitar kawasan intim kita lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Kalau tak, mestilah takde IG-IG seller yang jual ubat untuk putihkan bahagian tertentu badan kan..?

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur.

Tapi jangan risau sebab sekarang dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V disamping dapat melonjakkan tahap keyakinan diri kita.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mempunyai ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa dan mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.


Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragama Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White telah diiktiraf halal.

Dengan gabungan semua ramuan diatas, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

Produk ini boleh didapati dalam 2 saiz berbeza iaitu 90ml dengan harga RM9.20 dan 200ml dengan harga RM15.50. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

12 comments:

  1. Sumber Ayu,kak nieyl mmg guna :)

    ReplyDelete
  2. Sumber Ayu ni memang dah terkenal di kalangan wanita kan..

    ReplyDelete
  3. Dulu pun mmg zaz guna sumber ayu ni.. Best guna dan harga pun murah

    ReplyDelete
  4. Emi pun guna yg jenama ni jugak. Tp tak silap dulu botol dia bukan macam ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh sambil mencuci, boleh memutihkan. Luar biasa. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  6. Ni packaging baru ke? Zira guna yang lama punya

    ReplyDelete
  7. K.el darindulu mmg pakai sumber ayu ni..bau pun best..yg best mmg menjaga dan menghilangkan segala apa yg x best kt situ dan sinin haha

    ReplyDelete
  8. Yup bahagian keintiman kene jaga dengan elok. Sebab tu kene oakai pencuci khas dia. Wah sumber ayu ni mcm yang keluar dekat ikln tu je. Siap boleh memutihkan tu.. Bgusnyaa

    ReplyDelete
  9. Iday memang pakai produk sumber ayu ni. Tapi belum cuba yang 3x whitening ni. Hehehe

    Iday suka bau dia, best hehe

    ReplyDelete
  10. Skrg sumber ayu dah de utk mencerahkan kwsn miss v la.. Wawa pon guna sumber ayu yg lama.. Mmg best ada sireh & manjakani ni..

    ReplyDelete
  11. Nak cuba produk baru ni ls. Nampak macam ok. Lagipun sumber Ayu ni dah lama dalam pasaran kan.

    ReplyDelete
  12. yang ni bagus sebab ada bau yang lembut. boleh cerahkan kawasan yang gelap kat bahagian tertentu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!