Friday, November 2, 2018

MAJLIS PELANCARAN ZAKAT2U (4.0)


Zaman segalanya dihujung jari, semuanya mudah dengan adanya teknologi yang tiada sempadan termasuklah kemudahan untuk menyempurnakan rukun Islam yang satunya, iaitu berzakat dan dengan kesedaran itu juga la Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) hari ini telah menaiktaraf dan melancarkan zakat2u versi terkini iaitu zakat2u (4.0).


Dengan adanya laman ini, segala urusan zakat boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat dan yang penting sekali kewajipan kita untuk berzakat dapat disempurnakan. Sasaran mereka untuk mendapatkan kutipan 25 juta kutipan zakat menjelang akhir tahun 2018 daripada mereka yang layak berzakat.

Majlis pelancaran ini juga adalah sebagai satu medium hebahan kepada masyarakat terutamanya yang berada di kawasan Wilayah Persekutuan tentang kemudahan membuat pembayaran secara ‘troli zakat’ dan lain-lain lagi melalui zakat2u (Versi 4.0).

Antara kelebihan membuat pembayaran melalui zakat2u (Versi 4.0):
  • Pengiraan kalkulator zakat secara otomatik yang lebih ringkas
  • Melakukan beberapa jenis pembayaran zakat dalam satu masa menggunakan ‘troli zakat’
  • Pengeluaran resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
  • Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
  • Integrasi pembayaran zakat melalui chatbox FB Messenger (Ustaz Amil)

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Beliau amat berterima kasih kepada semua pembayar zakat dan mengakui kepercayaan yang diberikan kepada mereka, mereka telah pun membantu hampir 30,000 keluarga, yang dibantu Baitulmal.


Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk berzakat dan fokus utama semestinya untuk meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf .

Dengan kemudahan pembayaran secara atas talian, pembayar zakat boleh menyelesaikan pembayaran mereka bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Semoga rakyat Malaysia akan mendapat rezeki yang berkat, ketenangan jiwa selepas menunaikan tanggungjawab mereka. Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

4 comments:

  1. nak bayar zakat mudah je sekarang ni.. melalui online pun dah boleh tunaikan zakat kan sally

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah memudahkan lagi urusan pembayaran zakat..

    ReplyDelete
  3. Kerja jadi mudah bila nak bayar zakat. Semua di hujung jari. Takde alasan dah tak sempat bayar zakat kan

    ReplyDelete
  4. da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

    Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!