Thursday, November 22, 2018

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Repair Redness & Sun Burn Damaged Skin.


Rawatan untuk sunburn, tona kulit tidak sekata | Hey, #KakakKimchi bersiaran lagi dengan produk kecantikkan daripada Korea..hahaha...iye, #KakakKimchi korang kalau ada benda daripada Korea kena share!

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bukannya produk baru yang ada dipasaran...tapi Sally baru je jumpa...Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah sbb panas matahari. Kalau korang nak tau, istimewanya krim ni sebab dia boleh berubah jadi titisan air! So, ianya sangat melembapkan dan sesuai la untuk kulit kering juga..Hehehe...excited kan dengar?



Jenis: Memutihkan dan Melembap
Kegunaan: Muka & Leher
Tekstur: Krim yang berasaskan titisan air (Milky Gel)
Saiz, kapasiti: 50ml (65 × 65 × 55 mm)



Aqua Whitening Cream ni diformulasi dengan ekstrak herba yg boleh menembusi lapisan kulit dan membaikpulih kulit. Pasal tu kalau korang sunburn mmg krim ni terbaik pakai. Antara kandungan yang ada dalam krim ini:

↪ Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat...Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang penting sekali ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.

↪ Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit..Disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit...Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.



Cara nak gunakan pun mudah sangat...lepas kita bersihakan muka, gunakan toner kalau korang jenis guna laa...lepas tu sapukan Aqua Whitening Cream dekat muka dan leher...Cara yang betul nak gunakan krim ini ialah lepas kita oleskan krim tu kat muka, kita perlu "menepuk" muka perlahan-lahan dengan tangan, sampai titisan air akan muncul, macam dalam gambar tuuu...

Krim ni sangat lembap, walaupun dia jadi titisan air pada muka, lepas kita sapu rata akan mudah diserap ke dalam kulit. Lepas pakai akan rasa berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa soothing effect yang melegakan...Sebiji rasa macam kita "splash" air kat muka...haaa...macam tu la dia punya definasi..hahahaha

Kalau jenis kulit kering, tak kisah la sebab terdedah kepada matahari atau duduk dalam penghawa dingin dalam masa yang lama, boleh gunakan krim ini secara kerap tapi guna nipis jela tak perlu guna terlalu banyak. Korang akan rasa kulit lembap dan selesa sebab krim ini tidak berminyak. Boleg guna pagi atau malam, takde masalah.



Sally suka guna krim ni, buat masa ni kalau keluar ke memang Sally guna sebab bila kena panas matahari tak rasa terik sangat kulit muka. Selain daripada tekstur dia yang jadikan muka rasa lembap, sejuk dan takde rasa radang, suka tekstur dia yang tak berminyak walaupun dia krim.

Kalau korang mencari produk yang sesuai dengan semua jenis kulit, tak merengsakan kulit, melembapkan dan dalam masa yang sama memberi efek pemutihan dan sekatakan tona kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream memang pilihan yang tepat dan terbaik.


🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁YouTube page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

14 comments:

  1. uniknya. bila sapu berubah jadi titisan air.. kak ros pun dah jatuh cinta dengan produk-produk Korea tau ..

    ReplyDelete
  2. Macam cair dalam mulut plk konsep dia.. dh nk berusia ni kulit byk dehydrated bgus kalau guna ni kan

    ReplyDelete
  3. siang malam boleh pakai krim mudah la sebab cik ash suka jenis produk macam tu kalau yg siang lain n malam lain bab tu kurang nak pakai hahaha.. nanti boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. unik sangat krim ni cara dia transform jadi cecair tu. efek sejuk tu macam best juga sebab suka pakai krim sejuk sejuk dan tak berminyak ni

    ReplyDelete
  5. Bagusnya, ni umur makin meningkat kena jaga kulit betul-betul kan

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang memang rasa kulit muka macam rimas..rasa macam nak kena percik2 muka sikit dengan air.. Rasanya akak sesuai la guna benda ni,,

    ReplyDelete
  7. pertama kali namapk cream yang bertuar jadi air..menarik snagt ni..boleh resap terus dalam kulit

    ReplyDelete
  8. Tak terkejut sgt nmpk cream bertukar jd waterdrops sbb penah guna seakan cmni tp brand lain.. Hehe.. Tp mmg unik kan produk ni.. Boleh rawat mslh muka & utk whitening skli..

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa cream ni, kalau tengok material, takut jenis yang susah meresap, sekali sapu, terus hilang dan nampak lembap. hehehe Iday lagi suka yang rasa berangin ni hehehe paling penting tak berminyak hehe

    ReplyDelete
  10. Cream ini macam sangat unik can turn into waterdrop when massage on the skin.

    ReplyDelete
  11. ramai bagi review ok pasal produk ni.. sampaikan TB pun teruja nak cuba produk ni cuma belum tiba masanya nak beli kot.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. makin cun melecun la kakak kimchi kita ni hehehe

    ReplyDelete
  13. Ayooo kakak kimchi tunjuk produk baru. Mesti best kan. Sebab produk dari korea tak pernah tak best kan.

    ReplyDelete
  14. kesan parut lama blh tak hilang?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!