Friday, November 9, 2018

Afgan Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018


Selepas berjimba dengan konsert KPOP hujung bulan lepas, kali ni Sally berpeluang untuk menyaksikan sendiri Afgan Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 yang diadakan bagi meraikan 10 tahun pembabitan Afgan dalam industri muzik.

Hampir 2,000 orang telah memenuhi Plenary Hall, KL Convention Centre, ini membuktikan Afgan, penyanyi dan penulis lirik terkemuka Indonesia ini mempunyai peminat dan auranya yang tersendiri. Konsert kali ini lebih istimewa sebab merupakan sebuah tanda penghargaan Afgan kepada semua peminat yang setia menyokongnya selama ini.


Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 berlangsung selama hampir 3 jam dan dimulakan dengan lagu Jalan Terus yang memperlihatkan kemampuan vokal Afgan yang tersendiri. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau berjaya membuai peminat ke dalam suasana begitu intim dan romantis dan menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.


Afgan yang diiringi The Gandarianz menyampaian seleksi lagu hits seperti Pesan Cinta, Love Again, Kunci Hati, Jodoh Pasti Bertemu, Sudah dan juga duet bersama kumpulan Hip Hop dan R&B Malaysia, Ruffedge menerusi lagu I’ll Make Love to You. Ruffedge juga mengimbau kenangan lama dengan membawakan lagu "Bila Rindu", antara lagu mereka yang popular.


Persembahan tidak hanya habis disitu, konsert diteruskan dengan persembahan Afgan menerusi lagu-lagu hits beliau sejak 2008 yang membuat penonton mula menari mengikut rentak lagu. Lebih 20 buah lagu dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan. Sebaik konsert berakhir, seramai 100 orang pembeli tiket VVIP dibawa ke sesi Meet & Greet bersama Afgan.

Konsert ini turut menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert ini dan para selebriti yang turut hadir adalah seperti Fazura, Laudya Cynthia Bella, Zahirah Macwilson, Putri Aisyah, Sasqia, Elvina, Sasha Saidin, Maria Tunku Sabri, Nazim Othman, Amin Hayat Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman, Afifah Nasir dan ramai lagi.


Sally juga tak lepaskan peluang untuk membawa ibu ke konsert. Walaupun ibu bukannya minat hadiri konsert tapi sesekali apa salahnya kan? Sally juga bersama rakan blogger Reef (www.thisisreef.com) yang turut hadir bersama dengan kakaknya.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 turut mendapat sokongan Maybank, Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, E&O Residences dan Hamza Motors.

Semoga Afgan akan lebih maju pada masa hadapan, dan korang jangan lupa dapatkan album terbarunya, DEKADE. Tahniah Afgan!

7 comments:

  1. haluuu best nyaaa dpt tgk afgannnn..suara dia sedap....
    salam perkenalan done following u ..... jemput dtg blog i yer

    ReplyDelete
  2. waaaa jelesnya.. dapat tengok live konsert Afgan! best...

    ReplyDelete
  3. masa mula-mula Afgan muncul, kak Rose tak minat sangat tau.... tapi, lama-lama jadi suka, bila bff Kak Rose minat. hihi

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat tengok konsert afgan. Siap ada ruffedge. Lama dah tak pergi konsert. Last pergi konsert Yuna. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Amboii bestnya dia dapat tengok konsert Afgan. Dapat tak bergambar dengan Afgan?

    ReplyDelete
  6. Best lagu afgan, Lama tak dengar Dia nyanyi

    ReplyDelete
  7. Seronok gila kalau dapat pergi konsert macam kak Sally ni :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!