Thursday, November 29, 2018

Majlis Pelancaran Produk Usahawan Al-Fateh Junior.


Al-Fateh Junior | Hujung minggu lepas Sally sempat ke Hotel Royale Chulan The Curve untuk bersama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Produk Usahawan Al-Fateh Junior, sebuah jenama produk makanan tambahan untuk kanak-kanak pertama di Malaysia.

Kalau korang nak tau, dalam Al-Fateh Junior merupakan produk makanan tambahan gabungan madu dan safron, buah delima, kismis serta gam arabika yang dihasilkan untuk golongan kanak-kanak seawal usia 6 bulan sehingga remaja berusia 25 tahun. Dengan tagline, "Rasa Sedap, Minda Mantap", Al-Fateh berhasrat menempatkan produk ini sebagai pelopor produk pasti halal dan berkahasiat yang pertama di Malaysia!


Tuan Ariff bin Subri (Pengarah Urusan Syarikat Al-Fateh Alami Sdn Bhd) bersama Mohd Raduan bin Ja’apar (Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pembangunan Usahawan) ketika majlis pelancaran.

Bermula sekitar tahun 2016, Syarikat Al-Fateh Alami Sdn Bhd yang beroperasi di Batangkali, Selangor telah berjaya membina 150 rangkaian stokis dan juga hampir 1,000 agen yang berdaftar diseluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak!


Nora dan Bienda

Sempena Pelancaran Produk Usahawan Al-Fateh Junior, Al-Fateh turut memberikan ganjaran kepada pengguna-pengguna produk yang sentiasa memberikan sokongan kepada produk Al-Fateh dengan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik dalam Kempen Beli dan Menang dengan hadiah bernilai RM40,000 yang termasuk pakej umrah dan gold bar. Kempen ini telah bermula sejak 15 November yang lepas sehingga tahun Februari 2019. Dengan hanya RM35 sahaja mana tau ada rezeki boleh dapat ke rumah Allah kan?

Selain daripada Al Fateh Junior, ada lagi produk lain yang boleh korang beli iaitu Al-Fateh Gold, sesuai untuk korang yang berumur 25 tahun ke atas...errr...ke macam Sally? Hahahaha...



Majlis turut diserikan dengan penampilan rakan artis dan juga persembahan daripada Nora dan Yassin. Sepanjang tahun 2019, korang akan menyaksikan iklan produk Al-Fateh di rangkaian ASTRO sebagai antara plan pemasaran Al-Fateh Junior.



Jangan lupa dapatkan Al-Fateh Junior, vitamin kanak-kanak yang diformulasikan menjadi gula-gula pastil berperisa buah-buahan yang perlu diamalkan oleh kanak-kanak untuk kecergasan minda. Al Fateh Junior dibuat di kilang yang mendapat pengiktirafan Green 5S. Produk ini juga telah mendapat status HALAL daripada JAKIM. Dengan AL-FATEH JUNIOR, Makin Kunyah Makin Genius.

7 comments:

  1. cantik betul shasha tu...tak dimamah usia..

    ReplyDelete
  2. Wahh dah berjaya ada 150 stokis. moga terus maju jaya buat produk Al Fateh.

    ReplyDelete
  3. wah macam bagus ni. Biasanya produk kunyah2 ni untuk wanita2. sekarang dah ada untuk kanak-kanak, kiranya macam suplement untuk kanak-kanak la kan. mesti rasa dia macam makan vitamin tu hehe

    ReplyDelete
  4. 40,000?? Wow menarik hadiahnya. Paling best ad pkej umrah dan gold bar tu

    ReplyDelete
  5. mesti budak-budak pun suka supplement ni. kartun tu tarik minat budak-budak kan

    ReplyDelete
  6. bagus al-fateh ni, cepat betul dia grow

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!