MAPS lancarkan Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus.


Tarikan sempena cuti sekolah 2018 | Bila bercakap pasal taman tema, siapa yang tak tahu tentang Filem Animasi Park Studio (MAPS) yang telah menjadi tarikan di negeri Perak sejak 2014 lagi...Terbaru ini, Filem Animasi Park Studio (MAPS) telah melancarkan tarikan terbaru kepada taman tema mereka iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus.

Tarikan terbaru ini menyasarkan golongan berkeluarga terutamanya kepada kanak-kanak dan peminat animasi Boboiboy. Aktiviti beramah mesra bersama maskot Boboiboy juga akan menjadi tarikan kepada pengunjung selain daripada kafeteria Boboiboy yang terletak berhampiran yang menyediakan hampir 20 pilihan bufet dan jangan lupa membeli barangan ekslusif di kedai cenderamata Boboiboy Collectable.


Disember ini, buat pertama kalinya, Teater Muzikal Hantu Kak Limah akan mula dipentaskan bermula 24-31 Disember 2018. Teater yang diadaptasi daripada filem Hantu Kak Limah arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid akan ditayangkan 2 kali sehari di Teater, MAPS.

Teater ini akan menampilkan tunjak utama Hantu Kak Limah (lakonan Delimawati) dan juga beberapa muka baru seperti Bell Ngasri dan Joey. Tiket bernilai RM90/pax, jangan risau sebab korang akan dapat akses kepada semua tarikan selain daripada dapat menonton teater!


Selain daripada itu, MAPS turut akan menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah ilusi optik, sebuah kolaborasi bersama Trilogy Magic Factory, yang terkenal selepas membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Dream Box pula memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta peluang untuk menginap di Hotel Casuarina.


Bermula 24 November sehingga 1 Januari, korang boleh rebut promosi hebat ini...4 tiket untuk RM220 atau 5 tiket untuk RM250...Memang jimat banyak, bayangkan satu tiket berharga hanya RM50...Tak kira la untuk warga emas, kanak-kanak ataupun dewasa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan MAPS, layari www.mapsperak.com atau lawati laman Facebook www.facebook.com/mapsperak

Post a Comment

8 Comments

  1. Bestnyaaaaa ni kalau dapat pergi.. Bawak budak2 seronok ni ada taman tema boboiboy 😍 teater tak pernah lg tgk tp teringin dah lama jugak

    ReplyDelete
  2. Menariklah harga promo.cuti sekolah memang penuh lah MAPS ni nanti kan. Lagi lagi ada boboiboy ni haa.happening sangat!

    ReplyDelete
  3. wahh time cuti sekolah, menarik ni. mak ayah boleh bawa anak-anak ke sini !

    ReplyDelete
  4. Wahh ada promosi plak semena cuti sekolah ni. Ok masuk list sebelum bincang dengan anak2

    ReplyDelete
  5. Islam pernah pergi masa awal-awal buka, dia cakap memang best dan ramai orang. Nanti nak pergi nak bawak anak buah. Dah la dia suka boboiboy hehehehe

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya.. Dah hampir nk cuti sekolah ni.. Mesti ramai yg dtg ke sini kan..

    ReplyDelete
  7. Time cuti sekolah bawa anak anak datang tempat macam ni memang best dan menyeronokkan

    ReplyDelete
  8. Adik kita suka Boboiboy. Mesti dia excited kalau tahu pasal benda ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!