HARUHARU | Produk KBeauty Dengan Teknologi Penapaian.


HaruHaru | Iye, #KakakKimchi korang kembali dengan review KBeauty yang baru...hehehe...nampak HaruHaru je teringat lagu BigBang. Kalau kornag nak tau HaruHaru tu sendiri bermakna setiap hari. So, HaruHaru Malaysia membawakan koleksi produk kecantikan yang boleh kita guna setiap hari dan sesuai tak kira wanita ataupun lelaki.

Sally ni walaupun bukannya beauty blogger yang tegar, tapi Sally mmg suka skincare Korea, memang dah serasi la dengan Sally. Kalau mekap pulak masih lagi berjinak nak kenal satu-satu..hehe...so, bila ada peluang nak review...memang tak nak lepas la kan..


Beberapa minggu lepas Sally ada hadiri satu beauty workshop yang berkongsi tentang produk HaruHaru yang kini dah masuk dalam pasaran Malaysia. Mempunyai kulit yang sihat dan bersih daripada cela merupakan keinginan semua orang, baik lelaki atau perempuan sekarang mmg menitikberatkan penjagaan wajah. Sekarang ni zaman orang lihat muka untuk menilai manusia, tapi tak semua la...Sally bercakap daripada pengalaman je...


HaruHaru fokus kepada penjagaan muka secara total, jadinya di dalam koleksi mereka memfokuskan face cream dan jugak face mask. Apa yang istimewanya sebab HaruHaru menggunakan teknik penapaian yang mana mereka inginkan produk ini supaya mampu menangani masalah mengikut kesesuaian masalah kulit setiap individu.

Produk ini boleh menangani tanda kusam, penuaan, dan masalah kulit kering. Teknologi dan bahan yang digunakan merangsang serta menggalakkan penyerapan yang lebih mendalam dan cepat ke dalam sel. Gabungan teknologi bertaraf dunia dan mesra alam sekitar yang diselitkan dengan Maqui Berry dari Alpine Chile, ekstrak teh hijau dan madu yang ditapai tersebut menghasilkan penyerapan kelembapan yang sangat baik.

Sebagai contoh dalam gambar yang bawah ini, ada 4 jenis krim muka yang berbeza...kesemuanya mementingkan kelembapan tetapi kalau korang tengok, HaruHaru Wonder Cream tu tahan kelembapannya walaupun selepas dibakar...sama juga la dengan kulit muka kita konsepnya, walaupun kena panahan cahaya matahri, jika kita guna HaruHaru Wonder Cream, kelembapan kulit wajah lebih terjamin.


HaruHaru Wonder Cream

Sally suka Wonder Cream ini salah satunya sebab packaging dia...hahahaha...sebagai peminat kopi, bila ada cream bentuk macam cawan kopi lagi la gembira kan...hahaha...Sally gunakan yang warna hijau sebab lebih sesuai untuk jenis kulit kombinasi macam Sally...selain daripada tu ada lagi 3 jenis HaruHaru Wonder Cream.



Wonder Maqui Berry Anti-Oxidant Cream and Mask (Purple) - Disemai dengan ekstrak Maqui Berry yang ditapai untuk anti-penunaan dan penjanaan semula kulit wajah.

Wonder Honey Green Repairative Cream and Mask (Red) - Mengandungi ekstrak teh hijau yang ditapai dengan Madu, Schizandra Chinensis Extract Fruit yang berfungsi sebagai agen anti-radang, anti-penuaan dan pembaharuan sel kulit dan agen penghidratan.

Wonder Honey Green Aqua Bomb Cream and Mask (Green) - Produk mesra alam yang mengandungi serbuk Arang Buluh Moso di dalam mask untuk pelembapan kulit yang mendalam.

Wonder Honey Green Brilliant Cream and Mask (White) - Diberi nama Brilliant, merupakan produk mesra alam sekitar dengan serbuk arang pada helaian mask, teh hijau dan ekstrak madu untuk mencerahkan kulit, mengurangkan kedut dan penghidratan.


Ianya juga hadir dalam tiub seberat 35g untuk memudahkan kita bawak kemana-mana, kalau nak travel ke kan boleh jela bawak tiub ni..Korang kena cuba sebab didalam HaruHaru terkandung teknologi Liposom semulajadi yang mana merupakan sebuah sistem penyampaian yang dipatenkan yang mampu memindahkan bahan-bahan aktif supaya mudah meresap dengan mendalam.



Mask ini sangat besar, kalau muka lelaki pun mesti muat jugak laa...melekap pada muka, essence banyak..sheetnya yang berwarna hitam diperbuat daripada Moso Bamboo Charcoal.

Haruharu Prologue Masks Series


Kalau korang tengok packaging face mask ini mesti rasa nak ketawa dalam masa yang sama wow, ada superwoman! Ianya diinspirasikan daripada superhero simbolik kepada keseronokan dan bersemangat yang membawa kepada watak/ciri kepada melawan dan memperbaiki pelbagai masalah kulit.

Didalamnya ada 4 jenis mask muka yang mempunyai kelebihan masing-masing, kalau nak beli set macam ni pun boleh atau kalau nak beli set yang ada 4 jenis mask muka ni pun boleh, macam yang Sally punya ada 4 jenis iaitu:

Haruharu Prologue Maqui Berry Masking Lift - Mengandungi Maqui Berry yang ditapai dengan antioksidan, mengurangkan kedutan dan fungsi pengukuhan.

Haruharu Prologue Maqui Berry Brightening Mask - Mengurangkan kedutan dan garis halus, mencerahkan kulit dan warna kulit yang tidak rata.

Haruharu Prologue Maqui Berry Mask - Melegakan: Disemai dengan Marqui Berry yang Fermentasi untuk kulit dan kedutan sensitif.

Haruharu Prologue Maqui Berry Moisture Mask - Sangat baik untuk kulit kering, berkeringat, berkedut, kusam dan menghidupkan kulit untuk kelihatan lebih muda dan segar.


Sally suka tekstur mask dia sebab sangat nipis dan lembut macam tofu...hehehe...walaupun mask dia nipis tapi esen dia banyak tauuu...boleh buat facial 2 kali kalau ada extra kertas mask yang kering, tapi tak digalakkan laa...Sally dah cuba yang britening dan ada lagi 3 jenis nak cuba.

Kat mana nak dapatkan semua produk ini? Jangan terkejut tau sebab korang boleh dapatkan di rangkaian Seng Heng yang terpilih seperti Pandan Jaya, SS2, USJ Taipan, Kepong, Bukit Tinggi dan Setia Alam. Produk Haruharu juga akan berada di Watsons terpilih bermula tahun 2019 akan datang.

Post a Comment

10 Comments

  1. wah..bestnya mask yg warna hitam tu..:)

    ReplyDelete
  2. Perempuan mana je yg tak impikan kulit sihat kan Sally? Bagi emi, kesihatan kulit tu sangat penting sebab secara tak langsung bila kita yakin dan selesa dengan kulit kita, kita akan lebih confident untuk berdepan dengan orang sekeliling kita.

    ReplyDelete
  3. Saya suka pakai mask ,sebab bila anak Buah nak dukung dia takut tengok muka kita .jadi takdelah dia minta dukung

    ReplyDelete
  4. Kak Ros pun dah jatuh cints dengan skincare dari Korea. best. wahh packaging dia cantiklah Sally. macam nak cuba face mask yang hitam tu...

    ReplyDelete
  5. Korea lagi. Depa ni mmg maju kan. Leas satu satu invention, macam2 brand jugak. I like skincare dr Korea jugak. For Haruharu ni, first impression pun dah menggoda. Nice packaging lak tu.. Tunggu Watsons 2019 nanti kita cari..

    ReplyDelete
  6. Wah produk baru ke sally.. Menariklah produk dia.. Ada face cream & mask...wawa suka gila mask..hehe.. Cantik pulak tu packaging dia..

    ReplyDelete
  7. weii lawanya packaging dia. heheh Iday sekarang pon memang buat skincare ala-ala korea. Sebab memang bagus untuk kulit iday. nanti kita nak check produk ni hehehe

    ReplyDelete
  8. Bestkan face mask haruharu ni, rasa cool jerk masa apply kat muka. Tapi agk terkejut kita tadi tgk black face awak.

    ReplyDelete
  9. Omg! I love their wonder cream packaging its like coffee cup and the colors are so pretty. Will check out this brand.

    ReplyDelete
  10. alahai nama pun comel hahaha, produk ni nampak best je dngan packaging cantik

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!