Thursday, October 18, 2018

THE SQUARE, JAYA ONE - DIBUKA DISEMBER 2018



WAJAH BARU THE SQUARE BY JAYA ONE, PET FRIENDLY MALL IN KL | Kalau sebut Jaya One, orang-orang Petaling Jaya khususnya memang dah familiar sangat dah dengan kawasan ni. Terbar, pihak Jaya One telah memberikan nafas baru kepada "The Square" yang dulu dikenali sebagai "Palm Square".

The Square masih lagi didalam proses pengubahsuaian yang dikelola oleh Bina Tetap Tiara Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada Jaya One. Proses pengubahsuaian ini telah bermula pada Mac 2018 dan menelan belanja hampir RM15 Juta untuk kos ubahsuai bagi kawasan seluas 75,000 kaki persegi. The Square akan menyediakan 45% ruangan pejabat, 40% lot kedai dan restoran serta berbaki 15% lagi untuk Galeri PJ Live Arts.

Antara matlamat tertubuhnya The Square ialah:
↪ Entrepreneurial lead
↪ Late-night dining option
↪ Pet-friendly space
↪ Urban farming


The Square mempunyai 2 tingkat yang mana tingkat bawah akan menempatkan 15 lot kedai atau restoran manakala 13 ruangan pejabat ditingkat atas.


Apa yang menarik, The Square akan dijadikan sebuah kawasan yang mesra haiwan peliharaan (pet-friendly). Rata-rata rakyat Malaysia sekarang mempunyai binatang peliharaan di rumah dan selalunya menjadi masalah untuk membawa mereka kemana-mana kerana polisi pusat beli belah untuk larangan membawa haiwan peliharaan. Jadinya lepas ni ada la ruangan untuk membawa haiwan peliharaan untuk beriadah bersama.

Restoran-restoran di The Square juga akan beroperasi lebih panjang pada waktu malam bagi membolehkan pengunjung menikmati makan malam mereka dengan lebih selesa dan tidak tergesa-gesa. Selalunya kedai akan tutup jam 10 malam, kalau kita masuk pukul 9.30 malam, pasti ada macam-macam alasan untuk kita pesan makanan ikut kehendak kita. Jadinya kalau kita datang makan di The Square, akan ada lebih masa untuk kita menghayati makanan yang kita pesan tu!

Pihak restoran juga perlu menyediakan 70% ruangan tempat makan mereka berhawa dingin manakala 30% lagi berkonsepkan al-fresco atau ruangan makan terbuka. Ini bagi membolehkan pengunjung yang membawa haiwan peliharaan mereka duduk dan makan tanpa mengganggu pelanggan yang lain.

Tiara Teh (Jaya One Management Sdn Bhd Head of Leasing)
Charles Wong dan William Wong (Executive Directors of Bina Tetap Tiara Sdn. Bhd)

Selain daripada itu, The Square juga akan memperkenalkan Urban Farming di mana kita diberi ruangan untuk bercucuk tanam secara lebih teratur dan juga memasarkannya. The Square akan bekerjasama dengan badan NGO dan juga kerajaan tempatan untuk menyediakan platform bagi membolehkan peserta dapat menjual hasil tani mereka kepada umum.


The Square dijangka akan dibuka kepada umum bermula Disember 2018 dan akan siap sepenuhnya menjelang Mac 2019. Lot di tingkat bawah sudah hampir 65% disewa, kalau ada yang berminat cepat-cepat hubungi pihak pemaju; telefon : 012-323 3563 atau email : tenant- relations@jayaone.com.my

Lot Kedai (Tingkat bawah)- RM8.00-RM10.00 per sq.ft
Lot Pejabat (Tingkat atas)- RM4.00-RM5.50 per sq.ft

15 comments:

  1. Urban Farming konsep tu nampak menarik dan praktikal. Nak pergi jugak bila dah buka. Blh dijadikan tempat recharge jugak utk staf2 bekerja di sekeliling tu.

    ReplyDelete
  2. tak lama dah nak bukak tu kan.nanti dah bukak boleh pegi tawaf mall ni .eko cheras mall pun belum ditawaf lagi hahaha.

    ReplyDelete
  3. wahh bagusnya initiative mereka buat mall mcm ni..ada urban farming, late night dining, kawasan yg pet friendly, dan opportunity unt para usahawan dan farmers khususnya unt memasarkan hasil mereka! we need more yang mcm ni 😍

    ReplyDelete
  4. First time ada mall pet friendly..nampak besar mall ni...sure lepas ni bbanyak tarikan kat sini... great initiative...

    ReplyDelete
  5. yg lain tu is definitely marbeles la, sally.
    nice. jadi pusat ekonomi terbaru di pj.
    part pet-friendly tu yg aida berminat nak tau camne pelaksanaan nyer secara real.
    bcoz tak semua selesa bersiar-siar dgn pet kan.
    but surely pelaksanaan nyer teratur la.

    ReplyDelete
  6. Ni memang konsep yang agak menarik dan jarang-jarang ditemukan di tempat2 biasa....di mana binatang peliharaan mereka juga dpat duduk bersama mereka semasa makan tanpa mengganggu pelanggan lain...memang idea unik =)

    ReplyDelete
  7. waaa mall baru lagi.hopefully kemudahan di mall baru ni lebih baik dari mall2 lain kan.
    esp utk ibu2 yg ada anak kecik ni.

    ReplyDelete
  8. The Square ni macam extension to Jaya One ke? Dah lama tak pergi Jaya One and hopefully the square ni boleh famouskan lagi JO hehe

    ReplyDelete
  9. wow nampak mcm menarik sgt tp yg lg best nya bila tahu yg kita boleh bercucuk tanam kat situ. soo interesting!

    ReplyDelete
  10. Wahhh suka betul dengan konsep yang cuba diketengahkan oleh pemaju The Square nie. Sangat berani. Diharap penerimaan rakyat Malaysia juga baik. Tak sabar nak pergi sana nanti

    ReplyDelete
  11. Nnt nak singgah tgk lah.. actually bagus bukak kedai makan yang yutup lewat sebab nak lepak dgn kwn-kawan pun xkelam kabut nak cr port lain pulak

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik konsep yg cuba diketengahkan.. maknanya haiwan peliharan boleh bawa masuk di sini ya? Kiranya ada ruangan memasing la yea.. hope yg bawa anjing dan kucing tak gaduh sesama sendiri berebut tmpt

    ReplyDelete
  13. Nice gila idea dia. Tak pernah terfikir akan ada mall macam ni kat Malaysia, tapi ada juga yang buat kan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!