Susu Fernleaf UHT; susu berkualiti daripada New Zealand.



Susu Fernleaf UHT | Sally mmg biasa minum susu tepung jenama Fernleaf, actually dah lama la sebab mama memang suka minum susu tepung dan kebetulan sebab Sally dan kakak jenis perut yang agak lemah, jadinya minum susu tu memang menjadi kemestian setiap hari sebelum ke sekolah.

Bila dah menginjak dewasa ni, orang kata minum susu macam budak kecil je tapi bila dapat minum susu Fernleaf UHT..Best gila rasa! Sally tak pernah la rasa hanya budak kecil je yang perlu minum susu sebab daripada susu la kita boleh dapat banyak manfaat.

Susu Fernleaf UHT diperbuat daripada 100% susu daripada New Zealand. Susu mereka dihasilkan secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang penggalak susu kepada lembu-lembu mereka. Susu Fernleaf UHT kaya dengan Vitamin A dan D, serta kalsium yg mudah diserap oleh badan juga mengandungi protein yg berkualiti tinggi~


Sedikit info tentang Fernleaf:

Industri tenusu memang dah sebati dengan Fernleaf, dan mereka mempunyai lebih daripada 140 tahun pengalaman oleh itu peladang mereka menjaga lembu-lembu tenusu mereka dengan baik. Lembu-lembu mereka di New Zealand di berikan kebebasan untuk meragut rumput di padang rumput yang diusahakan secara semulajadi. Kalau korang nak tau, bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput tau, jadinya daripada situ kita boleh tau kenapa susu Fernleaf sangat istimewa.

New Zealand terkenal sebagai sebuah negara yang tanahnya subur, kadar hujannya yang baik serta cahaya matahari yang banyak...menjadikan mereka tempat yg terbaik untuk penghasilan susu. Dengan menghabiskan masa 90% meragut rumput secara bebas pada hari yg cerah, kandungan Vitamin D dalam susu juga lebih tinggi kerana lembu-lembu tenusu terdedah kepada matahari dan bukannya dikurung di dalam kandang.


Susu Fernleaf UHT datang dalam 3 perisa; Susu Penuh Krim, Susu Rendah Lemak dan Susu Coklat. Ada 2 saiz yang boleh korang dapatkan iaitu pek 1 liter dan pek 200ml. Kalau korang peminat susu, Sally sangat la sarankan korang cuba susu Fernleaf UHT. Memang terbaik, pekat dan berkrim dan yang penting sekali...100%Mmmmm~~~

Facebook : Fernleaf Malaysia

Post a Comment

0 Comments