'Indian Spice Trail' di Nook, Aloft KL Sentral sepanjang November sempena Deepavali.


Bulan November memang sebati dengan rakyat Malaysia sebagai bulan meraikkan perayaan Deepavali buat semua penganut agama Hindu dan bersempena ini juga, Nook, Aloft KL Sentral telah menyediakan pelbagai sajian yang hebat hasil daripada kepakaran Chef Kumeresan Chandra Sagaran, chef baru di Nook yang pakar dalam menu masakan India.



Bufet ini akan berlangsung selama sebulan bermula daripada 1-30 November 2018. Kalau korang nak tau, Sally bukannya peminat masakan India, rasanya jarang sekali la kalau makan pun tapi istimewanya masakan Chef Kumar, Sally jadi suka pulak dengan makanan India terutamanya menu pencuci mulut.



Untuk menu pembuka selera, korang boleh pilih daripada beberapa jenis menu seperti Potato Masala Salad, Vadai in Yogurt, Chana Chat Salad (Chick Pea Salad), Tandoori Aloo Chat, Potato Bhaji, Coconut Fritters, dan Pakoras Salad.

Rassam yang merupakan sejenis sup yang berempah juga turut sama akan ada dalam pilihan pembuka selera. Dua pilihan Rassam yang boleh dipilih ialah Crab Rassam dan Tomato Rassam.





Untuk pilihan menu utama pula, semestinya la ada kari dan Masala. Antara menu yang akan ada sepanjang promosi ni ialah Jera Pulau Rice, Mattar Pulao Rice, Dhal Tarka, Vegetable Sambar, Madras Fish Head Curry, Sri Lankan Fish Curry, Lamb Varuval, Lamb Keema, Chicken Perattal, Chicken Curry Leaf, Bhindi Baigan Masala, Aloo Gobi, Palak Masala, Vegetable Jalfrezi, Cabbage Thoran dan Chick Pea Varuval.











Di bahagian Carving Station, menu uatama yang perlu korang cuba ialah Roasted Lamb Tandoori with Mint Chutney dan Baked Fish with Toum Sauce. Kalau korang sambil-sambil tu tekak nak makan pizza, jangan risau...ada juga pilihan pizza yang bervariasikan menu masakan India seperti Chicken Malasa Pizza dan Tandoori Chicken Pizza.





Umum tau, kalau sebut pasal makanan pencuci mulut daripada kaum India memang sebati dengan manis gulanya tapi jangan tak tau, Chef Kumar punya boleh je makan banyak dan tidak muak. Sally rasa dia selarikan dengan selera pelbagai jenis bangsa di Malaysia, jadinya pencuci mulut dia masih mengekalkan rasa dan konsep utama cuma kurang manis je..hehehe



Korang boleh cuba Rasgula, Rasmalai, Coconut Candy, Palgova, Mysore Pak, Laddu, Gulab Jamun dan Payasam. Payasam merupakan pudding yang dimasak dengan vermicelli, kismis dan kacang gajus. Sally makan sampai dua mangkuk tau yang ini sebab sedap sangat..hahahaha


Payasam

Harga bufet hanya RM118 nett untuk dewasa dan hanya RM59 nett untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Bufet di Nook, Aloft KL Sentral ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam.Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

Post a Comment

6 Comments

  1. Fuhhh semuanya sedap2. Mmg jrg makan masakan india tp bila tgok gmbr ni nampk terliurrr la pulak..

    ReplyDelete
  2. mak ai..truly madly indian style ni. menarikk

    ReplyDelete
  3. Wah ,jarang Buffet nie masak masakan india biasa kampung atau barat

    ReplyDelete
  4. Interesting that they have Indian buffet at the hotel.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!