Tuesday, October 30, 2018

Sarapan pagi dan susu, kenapa sangat penting?


"Breakfast like a king", selalu sangat kita dengar ungkapan tuu...yang paling ketara kita mesti tau kalau raja zaman-zaman dulu masa makan je penuh satu meja hidangan dan disebabkan itu juga la pentingnya sarapan seharusnya menjadi perkara yang dititikberatkan oleh semua orang tapi itu tak bermakna kita perlu berlebihan masa mengambil sarapan.

Selain daripada pengambilan sarapan secara rutin, pengambilan susu juga perlu sebab kita boleh dapatkan protein dan vitamin di dalam segelas susu yang kita minum setiap hari...dan semestinya susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia...haaaa...mesti ada yang tak tahu kan?

Walaupun kadang kita rasa agak remeh nak menyediakan sarapan pada waktu pagi, mungkin kerana nak bergegas menghantar anak ke sekolah, nak pergi kerja dan sebagainya tetapi ada solusinya...dengan minum susu, ianya dapat membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.



Dah alang-alang kita makan sarapan, apa kata kalau kita sama-sama join #dutchladybreakfastchallenge yang bermula pada 8 Oktober sehingga 11 November 2018? Boleh menang hadiah menarik lebih daripada RM35,000 yang termasuk pengalaman sarapan yang unik di Pangkor Laut Resort..Ada 3 tema yang korang boleh cuba:

Quick Grabs : 8th Oct – 19th Oct
Easy Feast : 20th Oct – 28th Oct
Fave Brekkie : 29th Oct - 11th Nov

Sally dah pun selesaikan cabaran 5 hari dan dibawah ni antara menu yang Sally sempat buat untuk sarapan...Sally memang jenis sarapan yang agak berat sebab daripada dulu lagi ibu memang suka memasak seawal pagi...kiranya kalau nak keluar awal macam mana pun dia takkan biarkan anak-anak dia keluar tanpa sarapan walaupun dengan hanya secawan kopi atau sekeping roti.


Mee Goreng Mamak + Susu Dutch Lady PureFarm (Full Cream)


Fullgrain Scramble Egg Wraps dengan Kentang Goreng Truffle Salt + Susu Dutch Lady PureFarm (Low Fat High Calcium)


Cucur Labu + Susu Dutch Lady Pure Farm (Full Cream)


Nasi Goreng Lebiuuuu + Susu Dutch Lady Pure Farm (Full Cream)


Mee Rebus Muar + Susu Dutch Lady Pure Farm (Low Fat High Calcium)

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

4 comments:

  1. Amboi....meriahnya sarapan pagi dia...

    ReplyDelete
  2. Lapar tengok menu-menu sarapan sally tu.. nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  3. Ehhh.. Apa ni tunjuk makanan sedap sedap ni. Terliur tauu..
    Minum pulak dengan susu dutch lady tu.
    Kenyang sampai ke tengahri la jawabnya..

    ReplyDelete
  4. Sarapan mmg penting, kite klu xmakan pagi, mula la japg nk pening. At least sekotak susu pun memadai dah. Tapi kalau dapat breakfast menu cm Sally buat ni, lgilah best..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!