Friday, October 5, 2018

Review | Swanicoco - Show The Velvet Lipstick (Red Juliet)



Mungkin korang pernah dengar brand ni tapi ini kali pertama Sally review lipstick daripada jenama Swanicoco ni. So, sebagai #KakakKimchi kesayangan korang, Sally kena share kalau ada produk terbaru daripada Korea! Haha

SWANICOCO

Jenama Swanicoco asalnya mengeluarkan natural fermented soap. Dengar kata mereka ni dilabelkan sebagai "2018 Hottest Brand in Korea" dan sekarang jenama ini memfokuskan untuk mengadakan produk kosmetik yang bebas kimia dan dan yang penting natural-base.

Mereka tidak menggunakan bahan yang berbahaya seperti pewarna, pewangi tiruan, kimia pengawet, steroid, alkohol, mineral oil, parabens, dan benzophenones. Sebaliknya, mereka menggunakan kaedah semulajadi dan ekstrak fermentasi. Kaedah pencampuran mereka telah berjaya mencipta kosmetik semulajadi yang selamat, hypoallergenic, ringan, dan sesuai untuk semua jenis kulit, serta berjaya mengintegrasikan bioteknologi daripada bahan semulajadi yang mesra alam untuk mendapatkan kosmetik yang mempunyai kesan maksimum kepada kulit yang lebih baik.

Selain daripada 'Show The Velvet Lipstick', Swanicoco juga mempunyai rangkaian produk yang lain yang tahan lama, mempunyai perlindungan UV dan semestinya produk yang lebih banyak pilihan!



Swanicoco - Show The Velvet Lipstick (Red Juliet)
"Melembapkan | tahan lama | warna yang menarik"

Sally memang jenis kalau beli lipstick ke liptint ke, memang suka sangat warna merah, tak tau kenapa 🙄 ... mostly memang koleksi Sally banyak warna merah. Sally ada beberapa shades yang warna berbeza tapi masih Sally suka guna warna merah tapi yg brand Swanicoco ni pun, walaupun warna dia stiricking tapi sebab cantik gila jadinya Sally suka sangat!

Warna dia macam Orange Reddish gitu laa..Yg best sekali sbb ianya melembapkan bibir, tahan lama dan warna dia menarik! Sambil kita pakai, sambil merawat juga sebab dalam ni terkandung bahan-bahan pelembap semula jadi. Ianya juga mengandungi ekstrak yang difermentasi daripada air, bebas dari bahan kimia, memperbaiki kulit sambil menutupi dengan sapuan lebih baik.

Bahan utama kosmetik Swanicoco adalah sama ada diekstrak dari kilang semula jadi Korea; bahan yang dipatenkan dari Eropah, termasuk Perancis, yang mengetuai dunia bahan ramuan kosmetik; atau diperakui secara organik bahan dari Amerika Syarikat dan Australia. Semua produk dicipta secara selamat dan mempunyai kesan yang besar, dengan Epidermal Growth Factor (EGF), Fibroblast Growth Factor (FGF), dan peptida protein.



Bahan-bahan yang terkandung dalam Swanicoco - Show The Velvet Lipstick

Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850



Lipstick ni baru je dilancarkan pada 18 September 2018 yang lepas! Untuk Black Collection ni, hanya ada beberapa kuantiti je tau, kalau dah habis pihak Swanicoco takkan tambah pengeluaran, jadinya kena pastikan korang dapat sebelum kehabisan stok!

50Gram akan menjadi first seller (distributor) utk koleksi ni...Buat masa ni hanya ada satu warna iaitu Red Juliet. Lagi dua akan tiba ke Malaysia tak lama lagi. Harga untuk Swanicoco - Show The Velvet Lipstick (Red Juliet) hanya RM88.85...Korang boleh refer link ni kalau berminat (referral.50gram.com.my/ref/Uh15988897)

6 comments:

  1. Oh baru lagi dilancarkan! Sally antara yang terawal cuba ya.. kak Rose setakat ni tak ada lagi koleksi lipstick warna merah. Selalu beli pink/nude.. nak cubalah Swanicoco ni. Tengok lawa colour dia!

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni sally..harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  3. Cantikkan warna lips dia..Merah2 pekat.. Kalau pakai nipis2 macam oren2

    ReplyDelete
  4. Cantik warna yg Sally pakai, semua jenis lipstick zira suka

    ReplyDelete
  5. wah.. Hottest Brand in Korea ye .. TB sula kaler merah .. beranu.. heee.. mesti best ni..

    ReplyDelete
  6. lipstick merah pekat tidak apa, blh ombre ke campur-campur ngan lipstick warna lain ke. best ni korean makeup!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!