Tuesday, October 23, 2018

Sepantas 32 saat nak mencari lori dengan Lalamove!


Sally dalam proses nak pindah rumah, jadinya sekarang tgh busy la sana sini mencari lori...ada yang mahal, ada yang murah tapi berkira dan macam-macam lagi la perangai...haihhhh...Nak tak nak kena la juga sewa lori untuk perabot yang besar tapi yang lain-lain, takkan nak ulang alik naik kereta pulak kan?

Sekarang tak perlu risau sebab ada perkhidmatan lori Lalamove!


Kalau korang ingat, dulu Sally ada pernah kongsikan dengan korang pasal perkhidmatan dengan Lalamove...tapi masa tu hanya ada kereta dan juga motosikal sahaja...dan sekarang ni pihak Lalamove telah memperkenalkan perkhidmatan lori bagi merealisasikan khidmat penghantaran untuk muatan yang lebih banyak dalam masa yang singkat.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, lori-lori 1 tan dan 3 tan telah bersedia untuk perkhidmatan penghantaran untuk sektor perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi. Walaupun dengan kapasiti yang lebih besar, mereka menjanjikan hasil yang terbaik untuk memadankan pesanan korang dengan lori-lori mereka dalam masa yang singkat. Hasil daripada simulasi pesanan yang dijalankan semasa pelancaran perkhidmatan lori mereka di Lembah Klang, Lalamove bukan saja mencatatkan purata masa padanan sebanyak 46 saat, malahan masa padanan yang terpantas yang dicatatkan adalah 32 saat! Perkhidmatan yang pantas dan sempurna dari semua aspek adalah jaminan mereka.


Tambahan pula, perkhidmatan lori mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan peniaga atau pengguna yang lain, sama ada untuk pengilang atau pemborong yang memerlukan kenderaan yang luas untuk penghantaran secara pukal atau hanya untuk memindahkan perabot ke rumah baru dan pejabat baru.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan perkhidmatan lori dengan Lalamove:

● Kos efektif
Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3 tan, bergantung kepada jarak

● On-demand
Pesanan yang fleksibel. Lori-lori mereka boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak

● Fleksibel
Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik

● Cekap:
Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori mereka dan kemudahan untuk mendapatkan pemandu dalam seminit

● Terjamin
Penjejakkan GPS di dalam sistem untuk tujuan penjejakkan barangan kita

● Responsif
Sokongan yang berterusan dari pihak Lalalove bagi memastikan semua penghantaran tiba pada masa yang ditetapkan

● Pengkhususan perkhidmatan
Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran

Gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM 50 untuk penghantaran dengan lori. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh digunakan untuk penghantaran lori sahaja. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, sila rujuk ke: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing

5 comments:

  1. Jom pindah dengan lalamove. takyah pening kepala cari lori kalau nak pindah barang kan

    ReplyDelete
  2. Ok gak tu sally harga servis kat lalamove ni.. Tp ni area kl je ye

    ReplyDelete
  3. wah.. TB baru je dapat mesej dari lalamove ni hari tu. masa tu dia mesej gitau ada brg on the way sampai ke alamat TB.. mula2 rasa pelik sebab tak pernah dengar lalamove tu.. sekarang baru tahu

    ReplyDelete
  4. menarik! emi mcm berminat utk yg dgb kereta tu, hehe. before ni x tau pn pasal lalamove ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!