Friday, October 5, 2018

Peminat IndoMie kena cuba IndoBowl, mesti takkan menyesal!

Indobowl Sungai Besi, Kuala Lumpur | Sejak pembukaan outlet pertama di SS15 pada bulan September 2015, Sally actually dah lama teringin nak makan di restoran ni. Sally membesar dengan mee segera IndoMie, jujurnya memang menjadi kegemaran sampai la sekarang walaupun agak susah nak dapatkan stok...tapi lepas ni tak perlu risau sebab dah ada Indobowl!

Restoran ini telah diinpirasikan daripada kopitiam di Indonesia. Mereka ingin mengetengahkan konsep makanan tepi jalan yang selalu kita nampak di dalam sinetron di Indonesia. Jadinya lepas ni tak payah la nak terbang ke Jakarta, Bandung dan sebagainya untuk menikmati makanan jalanan Indonesia.



Kebetulan tau ada outlet terbaru yang dibuka di Sungai Besi, berdesup la laju ke sana...Almaklum la kalau nak ke SS15 Subang Jaya tu macam jauh. Kalau korang nak senang ke sini boleh je turun di LRT Sungai Besi, tapi kena jalan kaki sikit la dalam 5-10 minit...tak jauh pun dalam 700m daripada stesen.

Kalau korang tak sukakan IndoMie, jangan risau sebab ada pelbagai pilihan lain yang dihidangkan dengan nasi...tapi kalau dah ke IndoBowl, rugi la kalau tak makan IndoMie..kan?

Korang kena cuba sambal-sambal yang ada tau macam Sambal Hijau, Sambal Matah, Sambal Merah dan Kicap Madura. Selera masakan Indonesia yang takkan menyesal la kalau cuba!


Indomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90)

Untuk gabungan Timur dan Barat, korang boleh cuba Indomie Cheesy Chicken Chop. Walaupun nampak simple tapi kenyang tau. Gabungan ni agak ganjil la pada Sally tapi surprisingly, bila makan tu okay sangat. Light, tak pedas..Sesuai la untuk yang tak suka pedas dan suka keju.


Indomie Salted-Egg Chicken (RM11.90)

Yang ini mostly favorite la kat sini. Sally sendiri pun suka yang ini. Biasanya kalau telur masin masak apa pun kena kan dengan selera. Sama macam Indomie Cheesy Chicken Chop, sebab light, tak pedas..Sesuai la untuk yang tak suka pedas dan sesuai juga untuk kanak-kanak.


Indomie Mumbo Jumbo (RM59.00)

Sey yang ini sesuai la untuk 3-4 orang makan...Dalam ni ada sate ayam, Ayam Madura, Lamb Rack dan Rib Eye. Memang sesuai untuk meat eater. Overall dalam set yang ini, korang boleh rasa Sambal Hijau, Sambal Matah dan Sambal Merah.

Cumanya Sally prefer kalau lamb rack tu lembut sikit atau dimasak kurang masa. Selalunya kalau Sally makan steak atau daging, Sally memang prefer 'medium rare' daripada 'well-done', tapi yang ini kira dimaafkan la sebab ada banyak Indomie dan sebab platter yang ini banyak daging!


Mambo Jumbo Seafood Soto (RM39.90)

Honestly, yang ini sangat banyak...Walaupun cadangan di auntuk 3-4 orang makan tapi Sally rasa sangat la banyak..plus mungkin sebab ianya bersup, jadinya cepat kenyang jugak la kan...Dalam ni memang sangat meriah dengan makanan laut macam udang dan sotong serta pelbagai jenis fishball. Hah! Walaupun namanya Mambo Jumbo Seafood Soto, bukan setakat makanan laut je yang ada tau...siap ada CHICKEN CHOP dalam tu! Makan la sampai kenyang!


Soda Gembira & Es Cendol (RM8.90)

Serius la, kalau korang peminat mee segera jenama IndoMie, mesti korang takkan menyesal kalau datang makan kat sini. Sally cakap ni bukan sebab Sally bodek ke apa tau, tapi sebab Sally memang peminat IndoMie!

Kalau dulu Sally dengan kakak, kalau mama beli jenama lain pun boleh kenal...sampai tahap macam tu sekali la kita tak boleh terima mee segera yang lain-lain.

INDOBOWL

(Lakesfield, Sungai Besi)
No. 72, Jalan Tasik Utama 7, Lakesfield, Sg. Besi
Kuala Lumpur, Malaysia

(SS15, Subang Jaya)
66, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

FB : IndoBowl

4 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!