Wednesday, September 12, 2018

WURST KL : Good food & cool places to eat in KL!




WURST KL; restoran wajib cuba di Kuala Lumpur | KL ni penuh dengan restoran. WURST baru je beroperasi selama 3 bulan dan yang best sekali restoran ni ada di dalam MOV Hotel di area Bukit Bintang. Gila senang nak cari kan?

WURST merupakan sebuah deli (delicatessen) dikatakan sebagai sebuah kedai yang mana selalunya menjual makanan sejuk contohnya macam keju, salad, dan kadang-kadang memasak makanan. WURST terkenal sebagai sebuah deli moden yang pakar dalam pembuatan sosej, bebola daging, pasta dan macam-macam lagi!



Kalau korang ke sini, jangan lupa cuba #wurstslidebestslide! Haaa...yang ini yang paling Sally suka...tak payah nak tunggu lif, tak payah nak penat turun tangga, korang boleh slide je dengan gelongsor yang ada daripada lobi ke terus ke WURST! Sepantas kilat sampai..haha



WURST merupakan first deli di Malaysia yang mempunyai gelongsor bersaiz dewasa daripada lobi terus ke basement (restoran). Yang best sekali walaupun dorang taraf deli tapi masakan dia semua superb. Salute to Chef Logan yang kreatif dalam food pairing.

MENU TERBARU DI WURST KL


SALMOREJO SOUP

Salmorejo ini dikategorikan sebagai puree atau pun sup la. Selalunya dihidangkan sejuk tapi untuk WURST mereka hidangkan panas. Tau jela rakyat Malaysia kan kalau cakap pasal sup je mesti nak kena panas.

Salmorejo di WURST menggunakan tomato momotaro dan bahan-bahan lain termasuklah telur dan cebisan itik salai. Sedap gila tapi Sally tetap prefer dalam keadaan sejuk daripada panas...tapi dua-dua sedap juga.


HUMMUS & GUACAMOLE

The best starter! Crispy flat bread tu makan macam nachos pun ye jugak. Tak cukup satu pinggan weh! Hummus dia tak terlalu creamy, sedang-sedang sedap je. Biasanya makan hummus di kedai makanan Arab, tapi kat WURST pun ada kalau korang teringin.


ANGUS BEEF MEATBALLS

Sally memang suka gila dengan meatballs ni. Jangan lupa eh semua bebola daging di WURST semuanya dibuat sendiri oleh Chef Logan tau. Bayangkan bebola daging yang padat dan mampat dengan isi, di hidangkan dengan tomato passata, paneer cheese & sweetcorn bread.


HAGGIS

WURST juga satu-satunya deli di Malaysia yang serve Haggis yang asli. Haggis merupakan makanan kebanggaan negara Scotland yang mengandungi campuran organ dalaman kambing (kadang-kadang guna haiwan lain) dijadikan dalam bentuk puding. Awalnya macam tak berapa kena dengan selera tapi bila makan terus tak boleh nak berhenti.


AGLIO-OLIO


Basically ini aglio olio laa...Hahaha...Pasta tu dibuat sendiri oleh chef dan kalau korang perasan pasta ini di hidangkan dalam pot. Bak kata chef, rakyat Malaysia ni suka kamera makan dulu sebelum tuan dia jadinya dia hidangkan dalam pot supaya tahan panas lebih lama.

Sotong, kepah, kupang dan udang..semuanya mmg segar dan kalau nak rasa pedas boleh la makan dengan cili padi kering tuu....sedappp wehhh...terdiam rasa lepas makan sebekas. Haha


LAMB CHOP - SOUS VIDE (24 HOURS)


Untuk peminat kambing, yang ini memang untuk korang. Kambing dia dimasak dengan kaedah sous vide, yang mana cara memasak dengan meletakkan daging di dalam vaccum seal bag dan dimasak dalam masa yang lama. Biasanya guna kaedah water bath atau stim dalam masa yang lama. Macam yang ada di WURST, di masak dalam masa 12 jam. Selain itu ianya dihidangkan dengan sundried tomatoes, feta crumbs, kentang rebus & sos espagnole.


WURST SAUSAGE PLATTER
5 types of handmade sausages, Wagyu sirloin 200gm (marble score 4, wet aged), two salads, sweetcorn bread and three sauces.


Macam yang Sally asyik cakap dengan korang, WURST mempunyai kepakaran dalam membuat sosej, bebola daging serta pasta mereka sendiri. Macam apa yang ada dalam WURST Sausage Platter ini, chef hidangkan 5 jenis sosej. Favorite Sally, sosej ikan salmon dan sosej Chicken Green Curry! Dalam ni pun ada sweetcorn bread dan daging Wagyu. Kira memang complete la platter ni!


CANOLLI’S

Untuk pencuci mulut ada Canolli's. Canolli's merupakan sejenis mousse (menggunakan coklat Nutella) dan dihidangkan dengan buah-buahan. Tak cukup satu set boleh mintak aiskrim pulak..hahaha..


LOGGY'S NOIR DU BLANC

Loggy's Noir du Blanc ini tgh trending tau di Instagram, siap ada official hashtag #loggytime lagi..Sally suka gila dengan honey comb caramel tu...rasa dia macam makan madu tapi bentuk crispy. Semua combination ni buat kita nak jilat sampai habis pinggan kayu ni. Adoi laa... Walaupun tgh hujan sekarang Sally masih lagi boleh rasa sedapnya aiskrim ni kat mulut! Haha!

Restoran ini berstatus pork-free. Kalau korang mencari tempat yang ada kelainan dalam menu dan dimasak dengan penuh kreativiti, WURST KL la tempat yang paling sesuai. Selain daripada makanan yang ada, korang boleh main gelongsor jugak! Hehe

WURST KL (inside MOV Hotel, Bukit Bintang)
No 43, Mov Hotel, Level B1, Jalan Berangan, 50200 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Facebook : www.facebook.com/wurstkl
Instagram : www.instagram.com/wurst.kl
Phone no : +603 2781 9801

12 comments:

  1. Dugaan betul tengok makanan sedap sedap waktu macam ni. Hahah! Wuu siap ada gelongsor, lain daripada yang lain okayy.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Tergoda nya tengok makanan sedap sedap ni. Nak nak dessert dia tu haaaaa.. Sedap.
    Unik la restoran ni. Siap ada gelongsor lagi.

    ReplyDelete
  3. Menu barunya nampak Sedap je, Ada tak cawangan kat tempat lain. Macam jauh pula nak pegi

    ReplyDelete
  4. terbaek tempat ni.. menu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  5. masyallah sedap2 nya tengok menu2 kat sini..bila sally nak belanja k.el makan mknan cenggini yeayy

    ReplyDelete
  6. Makanan-makanan dekat hotel-hotel KL ni selalu fancy bebenar.

    ReplyDelete
  7. menarik la tmpt dia.. mknn pon mcm sedap

    ReplyDelete
  8. Oooo kat sini rupanya yng ayu nmpak sally main gelongsor hr tu. Happy jerk tgk

    ReplyDelete
  9. Nama menunya unik-unik belaka.. tengok gambar pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  10. baru perasan yang gelongsor tu.. bisr betul ada gelongsor tu.. huhu..unikkkkk

    ReplyDelete
  11. I really like the cool restaurant ambience and designs. Nak try the WURST SAUSAGE PLATTER nampak sedap la.

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap semuanya..lama x pi food review...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!