Friday, September 7, 2018

Vietnamese Spring Roll, menu yg sihat dan sedap!



Vietnamese Spring Roll, rasanya ramai yang dah pernah makan...menu ni bukannya menu baru yang ada kat Malaysia ni...tau jela rakyat Malaysia...asal ade menu yang viral di negara orang, mesti akan sampai kat Malaysia.

Sally memang dah lama teringin nak buat Vietnamese Spring Roll, tapi biasa laa..terkenangkan harga udang yang mahal terus la lupakan hasrat...tapi dah lama tu terasa nak makan jugak buat jugak la minggu lepas...kebetulan dah ada crab stick, sayuran dengan udang kecik..jadilah daripada takde kan...

Sos tu pun Sally buat sendiri..campur-campur je beberapa bahan...asalkan jadi..kalau korang malas nak buat sos tu boleh je pakai sos cili Thai ke kan...sedap jugak..Sally ni memang sejenis suka makan sayur, walaupun ada beberapa jenis sayur Sally tak suka makan. Bila dapat buat Vietnamese Spring Roll, abang Sally yang liat nak makan sayur tu pun boleh habis 3-4 ketul sekali hadap..haha

Korang pernah ke makan Vietnamese Spring Roll?

11 comments:

  1. sedapnya...
    hari tu opis akk ni pun buat juga sndr..puas makan..kekeke

    ReplyDelete
  2. pernah buat sedap . boleh tak sis sally kongsikan cara nak buat sos (macam dalam gambar) tu ? hehe . Sya nak try buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Sally main hentam je Sya..

      Cili masak, bawang putih, daun ketumbar, peanut butter @ kacang tanah, sos ikan, cuka, sos cili sikit, boh air lepas tu blend. Kalau nak pedas boleh la letak cili padi sebatang dua

      Masak atas api, letak gula garam..kalau bubuh kacang je, xyah campur sekali..tabur je..kalau guna peanut butter, campur dan masak sekali..

      Delete
  3. Vietnamese Spring Roll is one of my favourites. Wajib order kalau makan dekat Asian or Thai restaurants. Tapi tak pandai buat. Hahaha.

    Kita selalu makan Vietnamese Spring Roll dengan kuah kacang. Sedap! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos Thai pun kalau akak makan tabur kacang tumbuk jugak..hehehe

      Delete
  4. Tak pernah makan lagi.. Kulit tu nak cari kat mana eh teringin nak buat gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ash pi dekat bahagian makanan kering, kadang kat area bihun mee segera tu...kadang kat area rempah ratus

      Delete
  5. mmg sedapkan...healthy sangat..kak liez jual pun customer suka sbb healthy dan satu lagi light snack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...kita tak sempat nak beli akak punya...terpaksa la Sally buat sendiri..hihi

      Delete
  6. Sedapnyaaa. Hari tu Nani beli dengan jiran dekat rumah tapi rasa dia biasa biasa aje, sayur pun potong tebal gila carrot. Turn off betul nak makan. Hahah.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!