Saturday, September 15, 2018

Resipi Tteokbokki yang confirm jadi dan confirm sedap!!


Tteokbokki | Kepada peminat K-Drama, KPOP dan peminat makanan Korea selalunya mesti teringin nak makan tteokbokki. Sally mmg suka jelajah kedai dengan menu makanan Korea yang ada kat KL. Salah satu menu yang akan Sally cuba bila kemana-mana kedai jual makanan Korea adalah tteokbokki. Even kat Seoul pun memang Sally suka cari kedai jual tteokbokki walaupun Sally bukannya suka sangat tapi entah kenapa suka sangat try sana sini.

Macam mana masakan Malaysia, walaupun dengan resipi yang sama, sukatan yang sama pun kadang-kadang rasa tetap berbeza. Same goes macam tteokbokki, walaupun sama je cara masaknya tapi lain-lain kedai mesti akan ada rasa yang berbeza.

All this time, Sally dah cuba banyak resipi nak buat tteokbokki..Macam-macam resipi la sampai rasanya lidah pun dah tak kenal rasa tteokbokki yang sebenar. Biasa la bila dah melayu yang masak, dari resipi Korea pun boleh hala ke tekak Melayu.


RESIPI TTEOKBOKKI (VERSI MELAYU) - Untuk 3-4 orang makan
BAHAN-BAHAN
5-6 biji telur puyuh (direbus) - Sally suka guna telur puyuh sebab comel-comel
Fishcake, Fucuk, Daun Bawang
Rice cake (anggaran satu pinggan) - buat sendiri (LINK) atau beli yg frozen

**Resipi untuk buat rice cake dekat link tu guna tepung beras Korea, dan kalau nak buat sendiri pastikan menggunakan beras Korea, jangan guna tepung beras yang Siam tu. Teksturnya lain.

**Kalau nak resipi mudah boleh guna 1 cawan tepung pulut, ½ cawan air dengan sedikit garam. Larutkan garam dalam air dan adun supaya jadi doh. Kukus atau rebus, tapi jangan sampai terlalu lembik.


SOS
3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
3 sudu besar Gochujang (Korean Chili Paste)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar tomato
2 sudu teh gula perang
1½ sudu besar minyak bijan
½ sudu besar Gochugaru (Korean Chili Powder)
½ cawan air stok ikan bilis
Garam secukup rasa
Bijan (Untuk hiasan)

CARA-CARA MASAK
  1. Rebus rice cake sampai masak.
  2. Dalam periuk atau kuali, masukkan semua bahan kecuali garam dan bijan. Kalau suka boleh masukkan bawang Holland utk lebih manis
  3. Kacau rata, kalau rasa macam gochujang tu dah cukup masin, tak payah masukkan garam lagi.
  4. Dah agak masak, masukkan rice cake, Fishcake, Fucuk, Daun Bawang, gaul sampai sebati.
  5. Tutup api, masukkan dalam pinggan dan tabur bijan sebagai hiasan.

5 comments:

  1. Wahhhh ada versi melayu. Rice cake tu leh bt sndiri eh? Tapi ade je yg frozen kan? Sbb akk nampak kat NSK. Ehheheheh ok nnti nk try bila fasa memasak dh blh on. Tq sally

    ReplyDelete
  2. Amboii siap ada ada versi melayu..minggu ni akak cuti masak..demam teruk..abah je masak..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak buat tteokbokki sendiri. Bila baca post ni, tiba tiba rasa macam nak buat pula.

    ReplyDelete
  4. xlehlaaaaa buat toppoki tu sendiri. tak reti ahaha.. mujur skrng pun ada yang dijual frozen so blehla nak masak2 kat rumah kan =D

    ReplyDelete
  5. heheeh..nak buat la versi melayu ni..hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!