Monday, September 3, 2018

Pak Omar Champion Nasi Lemak kini di Publika!




Pak Omar Champion Nasi Lemak Kukus | Nasi Lemak memang dah sebati dengan rakyat Malaysia. Selain daripada dimakan semasa sarapan pagi, kini Nasi Lemak telah menjadi menu sepanjang hari. Baik pagi, petang ataupun malam, nasi lemak sesuai dimakan dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat.



Daripada sebuah gerai kini Pak Omar Champion Nasi Lemak telah membuka restoran pertamanya di Publika Kuala Lumpur. Pak Omar Champion Nasi Lemak telah mula bertapak dalam Malaysia bermula tahun 2013. Istimewanya nasi lemak ini ialah kerana ianya resipi asli daripada Pak Omar yang merupakan seorang mualaf berbangsa cina dan sebab ada kangkung!

Sally jujurnya memang suka nasi lemak ala nyonya sebab ada kangkung, padahal kalau ikutkan takde kaitan pun..hahaha...cuba korang rasa dulu mesti suka macam Sally jugak! Untuk pilihan Nasi Lemak individu, korang boleh memlih lauk yang menjadi kegemaran korang. Kalau Sally semestinya Ayam Goreng Berempah!


Nasi Lemak Rendang Kambing (RM16.90)


Nasi Lemak Sambal Sotong (RM14.90)


Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah (RM15.90)


Jumbo Nasi Lemak (RM39.90)

Kalau korang datang dengan keluarga atau rakan-rakan, boleh la cuba Jumbo Nasi Lemak ni sebab dalam ni ada 3 jenis lauk yang berlainan. Selain daripada Nasi Lemak Rendang Kambing, ada juga pilihan Rendang Ayam

Kalau korang tak nak makan Nasi Lemak, Sally cadangkan korang makan Mee Siam. Mee Siam ini pun didatangkan dengan lauk pauk, jadinya korang boleh pilih kombo dengan Ayam Goreng Berempah, Rendang Kambing, Rendang Ayam dan Sambal Sotong.


[Big Size] Curry Puff (RM10)

Jangan pandang rendah dekat karipap ni tau, nampak je kecil tapi sebenarnya hampir sebesar tapak tangan Sally jugak la saiz dia. Dah la inti dia padat, sedap pulak tu..aihhhh...tapi kalau makan seketul pun dah mengah nak habiskan!



Korang juga boleh pilih beberapa lauk sampingan yang Sally rasa sesuai sangat makan dengan Nasi Lemak antaranya sambal ikan kering goreng garing, sambal ikan bilis dengan petai, bendi goreng sambal dan acar sayuran. Petai dia bukan main meriah lagi dalam pinggan!


Pak Omar bersama pemilik restoran, Elayne Chua

Kepada korang yang nak cuba Nasi Lemak Kukus Pak Omar, korang boleh la berkunjung ke Publika. Dibuka setiap hari Isnin - Sabtu daripada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Pak Omar Champion Nasi Lemak
Block G2-A1-07, Publika, Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas,
50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
011-5621 1006
Facebook | Instagram

10 comments:

  1. Ayam goreng tu menggiurkan..nanti bleh bwk adik kita p sini..dia hantu ns lemak

    ReplyDelete
  2. Pagi-pagi isnin dah nampak gambar makanan yg sedap²

    ReplyDelete
  3. Terliurnyaaa tengok nasi lemak dekat sini. Hahah. Weekend ni nak try lah pulak.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya ni baru pertama kali kita nampak nasi lemak ada kangkung. Interesting.

    ReplyDelete
  5. sedapnya..ada sambal petai pulak tu..JB ada tak...

    ReplyDelete
  6. Harganya sesuai dengan lokasinya. Pasti rasanya pun mewah dan sedap.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa sally nasi lemak sambal sotong.. Suka gilaaa dgn sambal petai tu

    ReplyDelete
  8. Aduhh nasi lemak sedapnya sambal petai tu febret hahaha

    ReplyDelete
  9. kak fuzy kata sedap.. kak liez klau nasi lemak ada sayur kangung tu mmg fav sgt..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!