N Star x Missa Queen Beauty Workshop! (plus review)


N Star x Missa Queen | Kalau ada benda yang berkait dengan Korea je, memang laju je nak tau. Sally ni walaupun bukannya beauty blogger yang tegar, tapi Sally mmg suka skincare Korea, memang dah serasi la dengan Sally. Kalau mekap pulak masih lagi berjinak nak kenal satu-satu..hehe


Awal bulan September, Sally dapat kesempatan untuk join N Star x Missa Queen Beauty Workshop bersama-sama dengan 20 orang blogger yang lain untuk sesi workshop dan review 3 produk yang menjadi fenomena di Korea sekarang.

N STAR x MISSA QUEEN

Sedikit info tentang mereka...N Star x Missa Queen diusahakan oleh dua orang wanita yang mementingkan kecantikkan dan keyakinan diri dalam diri wanita. Mereka ni dua orang wanital era baru yang membawa masuk produk-produk kecantikkan yang berkualiti untuk dipasarkan kepada wanita khususnya wanita Asia.

Wanita seawal umur 18 sehingga la 80 tahun, perlu menjaga penampilan diri dan memilih produk yang terbaik sebagai asas kepada penjagaan diri masing-masing.

Nicole & Adele; pemilik N Star x Missa Queen

Dalam sesi workshop, Nicole dan Adele telah berkongsi pelbagai tips dan info tentang penjagaan wajah serta memperkenalkan 3 jenis produk yang terbaik yang telah dibawa masuk oleh N Star x Missa Queen.

Sally akan share satu persatu info tentang 3 produk ni dibawah...Yang penting korang akan teruja nak cuba sama macam Sally. Walaupun jenama-jenama yang ada ni kebanyakkan jenama yang telah lama bertapak, tapi masih lagi mereka keluarkan produk-produk baru sesuai dengan peredaran masa kini.

Blogger dan staf N Star x Missa Queen yang hadir untuk N Star x Missa Queen Beauty Workshop

STAR OF THE DAY!

Bappeun Yeoja All In One Cleanser (RM198) - 200ml

Jenama Bappeun Yeoja ni sangat best, sebab All In One Cleanser...Jadinya kalau la macam kita pergi mana-mana kan...Lupa nak bawak make-up remover ataupun tisu basah, ada Bappeun Yeoja All In One Cleanser dah okay. Selain daripada bertindak sebagai pembersih muka, ialah juga boleh digunakan sebagai pembersih mekap. Senang!

Tapi disarankan kalau kita boleh bersihkan dulu mekap, kalau yang jenis mekap tebal tu...sebab kita nak nutrisi yang terkandung dalam pembersih ni sampai dan serap terus ke teras kulit muka.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam Bappeun Yeoja All In One Cleanser yang menjadikannya pencuci muka yang wajib ada oleh semua wanita:

↪ Multi Ex BSASM Plus
Bahan anti-oksida, anti-radang, mesra pada kulit dan melembapkan
Selalunya kita risau nak bertukar pencuci muka, takut kalau yang jenis kulit sensitif ataupun yang mudah kena radang bila terkena bahan kimia yang bahaya, tapi jangan risau sebab bahan-bahan yang terkandung di dalam Bappeun Yeoja All In One Cleanser memang mesra kulit!

↪ Ekstrak Agrimonia Eupatoria
Agrimonia Eupatoria ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dengan fungsinya yang anti-oksida, mengurangkan kedutan dan kesan penuaan dan membantu menghidupkan kolagen dalam kulit. So, sambil cuci muka sambil merawat la kekdahnya.

↪ Surface Active Agents (Surfactant) diambil daripada Kelapa
Surfactant biasanya kita akan nampak sebagai agen mencuci, jadikan buih. So, bahan ini diambil daripada kelapa. Lebih natural dan selamat untuk kita gunakan di kulit wajah. Pembersih ni tak berbuih terlalu banyak, tapi masih mampu membersihkan kekotoran di wajah.

GOEL Peptide Rebuilding Cream (RM270) - 150ml

GOEL Peptide Rebuilding Cream merupakan produk yang wajib ada. Kenapa Sally cakap macam tuu...sebab krim ni meningkatkan daya tahan, menenangkan, melembapkan dan menyuburkan kulit. GOEL Peptide Rebuilding Cream juga telah menjadi antara produk penjagaan wajah premium yang paling laris di Korea.

Contohnya kalau korang ada kesan stretch mark atau kedutan halus, korang boleh guna krim ni dimana-mana bahagian. Kalau guna dengan kerap dan konsisten, boleh nampak kesan yang positif dalam masa 3 bulan sebab bahan yang terkandung dalam krim ni lebih baik daripada Vitamin E yang selalu kita guna.

ARTDELI Double Power Essence Cover Pact SPF 50+/PA++++ (RM169)

Sally sebenarnya dah lama tak bertukar BB Cushion, tapi lepas cuba ARTDELI Double Power Essence Cover Pact, MMG JATUH CINTA LA!

Teksturnya agak berat pada Sally tapi outcome dia tak. Kalau kita tepek ke muka tu dia jadi sangat blend dengan kulit wajah dan jadi sekata. Boleh tutup semua cela. Span dia pulak ade edge, untuk mencapai bahagian yang susah nak tepek macam kat tepi hidung tu.


Ada 2 tona; No. 21 Light Beige & No. 23 Natural Beige.
Kalau yang jenis tona wajah hitam manis boleh la guna code No. 23 Natural Beige macam Sally.


⏩ 70 Moisturizing Ingredients
⏩ 7 Moisturizing Patents
⏩ 7 Red Berry Complexes + Pomegranate Extract
⏩ Red Berry, Raspberry, Strawberry, Greenberry Big Aoudubery, Asia Berry
⏩ Protein Component, 19 Amino Acids + 6 Peptides

ARTDELI telah menjalankan ujikaji dengan aplikasi kepada kulit wajah manusia dan terbukti ARTDELI Double Power Essence Cover Pact mampu tahan sehingga 33 jam!

  • 33 hours pore cover sustainable
  • 33 hours wrinkles cover
  • 33 hours freckles cover
  • 33 hours convace and covex cover role
  • 33 hours gan chae jumping speed
  • 33 hours amount used for glowing
  • 33 hours sustainable nasal lighting
  • 33 hours chin clag role for lasting power

Serius la tiga-tiga produk ni sangat la buat Sally jatuh hati. Walaupun harganya agak sedikit mahal, tapi memang berbaloi dengan kesan yang kita dapat, selain daripada tu...semuanya tahan lama...Kalau korang nak lebih info, belian atau sebarang pertanyaan boleh terus ke :

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh...rahsia kulit Sally yang bersih dgn produk Korea rupanyaa...

    ReplyDelete
  2. dah lama duk cari bb cushion ni, nampak bb cushion ni terus dia curi hati sha :( cantiknya packaging dia

    ReplyDelete
  3. Produk korea skrg dah banyakkan dkt malaysia ni...

    ReplyDelete
  4. Patutlahh...pipi sally merah, rupanya pakai produk korea eh.. Bestnya dpt pergi worksyop, bleh blja sikit2. Ayu memang x pandai kiiki

    ReplyDelete
  5. eh eh lawa giler bekas makeup tu..look alike brand terkemuka..seronok kalau dapat join event mcm ni

    ReplyDelete
  6. Kita lagi pantang dgr produk dr korea.. Hahaha... Mostly skincare & makeup wawa sblm jd blogger mmg pakai hat korea... Nak jadi awek korea xdpt.. Sikit2 pon jdla.. Tp tgk produk ni mcm bestla... Bekas2 dia ekslusif gituuu

    ReplyDelete
  7. Aduh tergodanya kak Rose tengok ARTDELI Double Power Essence Cover Pact tu.. exclusive sangat nampak!

    ReplyDelete
  8. Jatuh hati pulak kita tengok produk ni. Dengan packing nya yang nampak exclusive tu.

    ReplyDelete
  9. Oh wow! their cushion foundation is so pretty and the texture also looks good on the skin.

    ReplyDelete
  10. Best produk korea ni..nad pun dah tersuka..berkenan ulak tengok bb cushion dia tu..nak carila

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!