Wednesday, September 26, 2018

Menu terbaru di Tokyo Secret, Mid Valley - September 2018



Tokyo Secret Fusion Cafe | Jika sebelum ini kita selalu dengar yang Tokyo Secret menjual Hanjuku Cheese Tarts dan mempunyai hampir 12 buah outlet di seluruh Malaysia, tapi sejak Fusion Cafe yang pertama mereka dibuka Mid Valley sejak tahun 2017, kita dapat cuba pelbagai jenis menu yang menggabungkan tradisi Jepun dan di olah menjadi menu yang lebih fusion.

Sekadar selingan, fusion cafe kedua mereka telah dibuka di Sky Avenue, Genting Highlands pada awal September 2018 yang lepas. Lepas ni lebih banyak menu la boleh kita cuba bila berada di sekitar Genting Highlands.

SET MINUM PETANG & KEK TERBARU!



Jika korang peminat makanan manis macam Sally, di Tokyo Secret Mid Valley mereka mempunyai set hi-tea (minum petang) untuk 2 dan 4 orang. Setiap set didatangkan dengan pelbagai jenis manisan yang comel-comel, sandwich dan semestinya la teh untuk 2-4 orang.





Untuk peminat kek, menu terbaru di Tokyo Secret, Mid Valley juga termasuklah kek yang berasaskan coklat; Chocolate Checkered Cake. Sesuai untuk mereka yang hanya ingin melepak bersama kawan-kawan atau keluarga, dan sesuai juga sebagai pencuci mulut! Jangan lupa cuba pelbagai variasi cheese tart mereka juga!


Chocolate Checkered Cake


MENU TERBARU DI TOKYO SECRET, MID VALLEY


Aroma Chicken Whole Leg, dressed with Salad and BBQ Sauce


Deep Fried Chicken Tender served with Sweet Spicy Sauce


Spaghetti Lobster Aglio Olio


Spaghetti yang dimasak dengan gaya aglio olio. Semua makanan laut dia segar dan terbaik part lobster dia la...nyum! Rasa manis makanan laut segar tu kita boleh rasa dalam satu pinggan ni...


Braised Northern Japanese Black Angus Beef Curry


Atlantic Cod Fish Fillet Seared with Light Garlic Cream Herbs Sauce


Nasi Lemak with Rendang Chicken


Kapitan Chicken Curry


Northern Style Thai Laksa
Laksa Thai ini didatangkan dengan mee spageti yang dihidangkan dengan ayam kukus, kacang panjang, telur rebus, fish cake, dan kuah kari yang pekat dengan rasa manis udang sebagai penambah perasa.


Deep Fried Aroma Chicken Whole Leg with Chef's Homemade Sambal Sauce


Air-flown New Zealand Chilled Lamb Rack Roasted with Crusted Herb Crumbs


Air-flown Australian Chilled Black Angus Tenderloin


Selain daripada Angus, korang juga boleh memilih bahagian rib-eye. Sally suka dengan gravy yang didatangkan sekali. My favorite will be medium cook beef. Baru dapat rasa jus yang keluar daripada daging.

Jika korang ada berdekatan dengan Mid Valley, jangan lupa cuba menu yang ada di fusion cafe pertama milik Tokyo Secret. Selain dapat mencuba Hanjuku cheese tart mereka yang terkenal, korang juga boleh mengisi perut dengan pelbagai menu baru yang ditawarkan disana. Selera Jepun dengan twist masakan Malaysia (Asian Delights) dan menu barat.

TOKYO SECRET MID VALLEY
Lot F001, 1st Floor, Midvalley Megamall,
75, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur
Instagram : instagram.com/tokyosecretmy
Facebook : facebook.com/tokyosecretmalaysia

9 comments:

  1. set minum petang pun dah buat telan air liur..Akak tak pernah makan ikan cod.Entah apa la rasanya..nampak gambar cam sedap..

    ReplyDelete
  2. Xpenat ke asyik mkn sally . Hihi.. Macam best2 la smua... Harga dia mcm mana sally?

    ReplyDelete
  3. Kat kl ni macam2 makanan lazat ada ya.. Mid valley last zaza jejak zaman sekolah dulu.. Lama dah tak mai jalan.. Bila2 blh la singgah tokyo secret..

    ReplyDelete
  4. wahhh banyaknya menu sedap2. paling suka tengok Chocolate Checkered Cake tu. mengancam betul. hehe

    Nanti nak try la, bukan jauh sangat pon. hehehe Nak try Air-flown Australian Chilled Black Angus Tenderloin
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedap-sedap menu yang ada.. kek dia tu wajib cuba ni :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap2 semuanya. Paling x bleh tahan bila tengok desert tu

    ReplyDelete
  7. Menarik. Terliur tengok desert2 tu. Ade rezeki nanti nak cuba. Nyum3

    ReplyDelete
  8. Terliur sekejap, semua nyer sedap. Yang i nak sangat sangat cuba is the Spaghetti Lobster Aglio Olio nyumssss

    ReplyDelete
  9. Ya Allah makanan lagi. Hahahah! Chocolate cake tu nampak menyelerakan sangat okay!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!