Thursday, September 6, 2018

DYXY Showcase Tour 2018 tampilkan selebriti di 4 lokasi!


DYXY Showcase Tour 2018 | DYXY bukanlah satu jenama yang asing buat rakyat Malaysia. Untuk pertama kalinya, DYXY akan mengadakan DYXY Showcase Tour 2018 yang akan menampilkan beberapa selebriti terkenal tanah air di setiap lokasi. Satu sidang media telah diadakan minggu lepas bagai menghebahkan tentang showcase ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pengasas DYXY Cosmetics iaitu pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah tahun ini, Dyana Roslan dan Shah Hafiz Borhannudin serta Caprice dan Achey Bocey.


Lima bintang popular tanah air bakal menggegarkan beberapa destinasi terhebat negara ini menerusi promosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 yang akan bermula 8 September sehingga 29 September ialah lima jejaka popular masa kini; Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice.


Pelakon dan pelawak negara, Didie Alias pula akan berada di setiap lokasi sebagai pengacara. Promosi jelajah terhebat ini diadakan di atas kelangsung penjenamaan DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat di negara ini, bersandarkan kekuatan kualiti produk terbitan Bumiputera. Selain itu, showcase ini juga bertujuan bagi mendekatkan masyarakat dengan variasi produk DYXY.

Sidang media telah dihangatkan dengan kehadiran supercar yang menjadi lambang prestij dan kejayaan DYXY

Jadual & senarai selebriti yang akan berada di DYXY Showcase Tour 2018:

8 September
Hael Husaini akan berada di Aman Sentral Mall, Kedah
15 September
Haqiem Rusly & Caprice di UTC Kuala Terengganu
22 September
Aiman Tino & Caprice di Angsana Mall, Johor Bahru
29 September
Achey Bocey di Centre Point Kota Kinabalu, Sabah

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang penganjuran DYXY Showcase Tour 2018 antaranya sesi 'make over' bersama-sama barisan jurusolek terkenal tanah air dan 'meet & greet' bersama-sama Insta-famous popular tempatan.

Selain itu, DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018, di mana pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan. Face DYXY 2018 akan memberikan peluang kepada pengguna atau bakal pengguna produk DYXY untuk menjadi wajah yang akan mewakili DYXY di masa hadapan.

Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali variasi produk kecantikan DYXY dengan lebih dekat di Pavilion DYXY yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk DYXY, bagaimana untuk menjadi agen atau stokis atau apa-apa maklumat berkait dengan jenama DYXY..boleh berhubung dengan mereka di laman sesawang www.dyxycosmetics.com

Facebook :
https://www.facebook.com/DYXYofficialHQ/

Instagram
https://www.instagram.com/dyxycosmeticshq/

Youtube :
DYXY Media

No Telefon
03-4820 6031 (HQ)

7 comments:

  1. Menarik ni...nk jumpa hael husaini..

    ReplyDelete
  2. Up dah DYXY ni dekat Malaysia rupanya.

    ReplyDelete
  3. Best ni diorang bt mcm jelajah kt beberapa negeri kan..

    ReplyDelete
  4. TB ada tengok adik pKai DIXY ni.. nampak lawa je kulit dia.. teringin nak cuba nantu

    ReplyDelete
  5. Dulu nak try juga produk ni. Tapi tak jadi. Haha
    Tapi memang nampak best je dorang yang guna.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata produk DYXY ni bagus perghhh kereta tu gila lawa la

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!