Thursday, September 13, 2018

[Air-Fryer] Resipi Chicken Wing Sedap (versi SPICY!)


Sejak-sejak ada air-fyer...memang keja nak buat ujikaji dengan resipi...Biasanya Sally suka masak ayam dengan air-fryer...Sally suka outcome ayam yang masak penuh dan tiada kerak-kerak hangus yang melampau tu...Selain daripada tu, kalau guna air-fryer ayam tak terlalu kering (kalau kena dengan masa dan suhu yang betul)

RESIPI CHICKEN WING SEDAP & MUDAH (VERSI PEDAS)
BAHAN-BAHAN:
  • 10 ketul kepak ayam
  • 1 labu Bawang Putih
  • 2cm Halia
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • 3 sudu besar Kicap Manis
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar Madu
  • 3 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Serbuk Lada Hitam 
  • 2 sudu besar Serbuk Paprika/Serbuk Cili
  • Gula & Garam (secukup rasa)
  • Serbuk Rosemary (optional)

CARA-CARANYA:
  1. Tumbuk sehingga lumat bawang putih dan halia
  2. Bersihkan ayam dan keringkan air (jangan terlalu basah)
  3. Campur semua bahan, perasakan dengan gula dan garam. Kalau rasa dah cukup manis dengan madu tak perlu masukkan gula
  4. Perap ayam dalam adunan tadi dalam sejam, lebih lama lagi baik. Tabur serbuk Rosemary.
  5. Bakar dalam air-fryer guna suhu 180°c 20minit (Kalau nak gelap sikit boleh tambah masa)

15 comments:

  1. peRgh cantik kejadian ayam tu sally.

    ReplyDelete
  2. jap gi saya singgah rumah ya...😁😁😁

    ReplyDelete
  3. adoi...tgk ayam terus tekak minta ayam..hahaha

    ReplyDelete
  4. Terbayang sos sriracha tetiba. aummm sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya inspired jugak laa...sebab ingat nak letak mustard tapi takut rasa lain pulak nnt...semua nak sumbat la senang kata :P

      Delete
  5. kalau i..suka buh aluminium foil bawah tu. So semua kuah2 ayam tu aku tuang sekali dalam tu.Jadinya ayam sedapppp huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni akan jadi versi kering..hahaha...tak suka bila ayam basah macam tuuu...kekeke...

      Delete
  6. Tak pernah masak ayam macam ni, Sbb tak ada dekat rumah. Boleh jaga kolestrolkan masak pun senang

    ReplyDelete
  7. Tiba-tiba rasa macam kalau ada air fryer, semua benda pun jadi senang nak masak.

    ReplyDelete
  8. Senang kalau ada air fryer kat rumah plus its healthier also coz it only use very little oil compared to conventional way.

    ReplyDelete
  9. wahhh.. terliur tgk ayam tu sally weh.. berapa harga air fryer tu sally? macam best je untuk dibeliiii.. nak jugak makan ayam macam sally masak nii

    ReplyDelete
  10. Dah lama teringin nak ada air fryer..bestnya kalau ada 1..cantik kejadian chicken wing tu ha..

    ReplyDelete
  11. tengok Sally share recipe air fryer ni i dah mula aim nak beli air fryer k.. sebab memang suka beno makan benda goreng2 ni so kena cari alternatif goreng yang sihat =P

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!