Review : Neffos X9 berbaloi pada harga RM599!


Bercakap pasal telefon mudah alih, Neffos bukanlah satu nama baru di Malaysia. Terkenal sebagai sebuah jenama yang paling berbaloi dari segi harga, terbaru ni Neffos kembali dengan telefon mudah alih terbaru; Neffos X9.Ada dua pilihan warna; Space Black dan Moonlight Silver.

Sally teruja sebab dapat jadi antara orang yang pertama untuk mencuba Neffos X9.



Untuk korang yang tak tau, model telefon pintar terkini keluaran TP-Link; Neffos baru-baru ni telah melancarkan 4 variasi telefon mudah alih Neffos yang terbaru: Neffos C7A, C9, C9A, X9! So, Sally pun terus la ambil X9 sebab harganya sangat berbaloi dengan kualitinya.

X9 merupakan sebuah telefon yang lengkap dengan ARM Cortex-A53 chipset dan hadir dengan kamera utama 13MP (Dual Camera), dan 3GB + 32GB Octa-Core, 18:9 Full-View Display & ada AI Face Unlock!

X9 juga turut dijual dengan 4GB + 64GB Octa-Core pada harga RM799 sahaja. So, kepada kaki selfie, X9 menawarkan kamera selfie yang terbaik berbanding model-model lain mereka sebelum ini.





Dilancarkan pada harga RM599 dan RM799, X9 dikatakan antara telefon pintar dengan spesifikasi terbaik yang boleh korang miliki pada harga paling murah dalam kategori ‘telefon pintar bawah RM1,000’.

Kamera utama 13MP, 8MP kamera selfie dihadapan.
Kalau dulu, ramai yang mencari Neffos N1 untuk mengambil gambar potret, sekarang tak payah risau sebab dengan adanya X9 yang hadir dengan kamera utama 13MP dan dual camera untuk mendapatkan gambar potret yang menarik.



13MP + 5MP f/2.0 pada kamera utama dan mempunyai sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang menghasilkan gambar yang lebih tajam. Kamera hadapan pula mempunyai 8MP yang bukan sahaja berupaya menghasilkan gambar selfie yang menarik, ianya disertakan dengan sistem nyah-kunci muka yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI Face Unlock) dimana ia mampu mengesan 106 titik muka secara dinamik supaya penyahkuncian lebih tepat dan selamat.

Jika tidak mahu menggunakan fungsi ini, pilihan penggunaan cap jari turut disertakan di bahagian belakang.



Paparan Skrin Lebih Besar & Lebar
X9 hadir dengan paparan skrin HD bersaiz 6inci (18:9 Full-View Display), sesuai untuk mereka yang suka tengok movie ke atau buat kerja menggunakan telefon pintar. Skrin sentuhnya dilengkapi dengan 2.5D Gorilla Glass dengan salutan AF juga turut didatangkan dengan mode Night Display bagi memudahkan pengguna melihat paparan pada waktu malam dengan lebih selesa.











Bateri tahan lebih lama
Model Neffos X9 menerima sokongan bateri bersaiz 3060mAh dengan sambungan USB-C dan pengecasan 5V2A. Walaupun hanya menggunakan bateri berkapasiti 3060mAh, ia mampu bertahan sehingga 429 jam (Standby Time), manakala 23 jam untuk waktu bercakap (Talk Time).

Nampak tak? Betapa berbaloinya untuk korang miliki Neffos X9 ini. Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa rugi kalau korang tak dapatkan Neffos X9 sekarang juga. Korang kena cuba sendiri!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Neffos, boleh layari www.neffos.com.my

Post a Comment

23 Comments

  1. Pergh lawa gila gambar dia. Clear. Sally tak try ambik gambar low light ke? Nak tengok jugak result dia macam mana

    ReplyDelete
  2. Hanya dengan rm599 dan lengkap seperti smartphone mahal juga ^^ so, neffos ni memang berbaloi dari segi duit dan memiliki kegunaan just like others smartphone juga.

    ReplyDelete
  3. wah. aida tgh nak cari phone utk anak.
    nak yg murah. tapi yg ok ok la.
    sian plak dia. dia tu suka selfie.
    ni masuk list lah. lom sempat gi kedai, survey.
    survey online aje, sally :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. murah betul dengan function yang ada kan, gambar pun cantik-cantik belaka

    ReplyDelete
  5. Camera dia cantik...tudia..pi Spore bawak Neffos..sure banyak gambar meletop ni..bagus kalau nak dijadikan hp kedua kan?

    ReplyDelete
  6. Murah la juga harga dia bila compare dengan function yang dia ada.

    ReplyDelete
  7. cantik juga gmbr time mlm tu sbb kebanyakkn hp utk mlm ni gmbr tk brp ok kalo rege murah2 ni..tp neffos ni not bad juga ..kiranya rm 599 mampu milik la..tgk hasil gmbr tu ok..13 MP

    ReplyDelete
  8. Weii murah betul harga dia..tapi gamabr lawa macam kamera mahal erk..cantikla gmbr kat eyza sally amik tu, pudar di depan, hehee..terbaikla

    ReplyDelete
  9. Cantik juga eh gambar telefon Neffos ni. Looks pretty decent kan walaupun ianya ‘android’ dan antara telefon pintar yg murah kan

    ReplyDelete
  10. Wow bestnya dapat review telefon Neffos kita tengok dah hari tu memang menarik teknologi tinggi dan juga harga sangat murah gila tak sangka....

    ReplyDelete
  11. Nampak Slly ambik gambar guna Neffos ni memang cantiklah gambar dia tak [ayah susah-susah nak edit lagi, cantk dahhh harga pon taklah mahal mana!

    ReplyDelete
  12. Wahhh bestnya dapat gunakan neffos x9 ni, jeles kita wak. Hari tu dapat le merasa sekejap gunakan phone ni..memang best, gambar cantik2 n harga pun tak le mahal

    ReplyDelete
  13. Canteklah gambar dengan neffos. Sharp sangat! Paling best harga dia sangat berpatutan. Mampu milik gituuu

    ReplyDelete
  14. Kualiti gambar Neffos nih memang berkualiti dan cantik cantiklah Sally. Nampak gaya kena juga beli satu Neffos nih untuk ambil gambar khas untuk blog

    ReplyDelete
  15. Tengah mencari-cari juga untuk jadi second phone ni. Tapi taktau nak pakai phone apa. Neffos nampak macam boleh tahan jugak. Harga pun bawah seribu.

    ReplyDelete
  16. Not bad quality gambar dia..
    Xlama lagi neffis ni mampu bersaing dengan samsung iphone semua tu mcm huawei dlu2 jugak

    ReplyDelete
  17. amakin lama makin power nefoss ni. patut la ramai yang beli. specs bagus, camera lawa. harga plak murah

    ReplyDelete
  18. Syok kan dapat amik gambar dgn telefon Neffos...memang cantik gambar dia

    ReplyDelete
  19. Wow, harga 599 tapi ada PDAF, itu yang best tu... Kebanyakkan phone lain mahu sampai 999 harga baru ada function PDAF... Tengok RAM, tengok internal memori, power phone ni... berbaloi sangat dengan harga tu...

    ReplyDelete
  20. Dan2 rs mcm nk beli 1 klau gmbr hasil cmni. Bbaloi dgn hrga aih

    ReplyDelete
  21. skarang banyak pilihan2 canggih kan.. orang tngk camera dlu skrng ni senang nak angkut pi mana2..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!