Sunday, August 5, 2018

Perencah Mee Bandung dan Mee Goreng daripada ADABI.


Perencah Mee Bandung dan Mee Goreng Adabi | Sebenarnya dah lama betul cari dua jenis perencah ni. Sally bukanlah kategori tak pandai masak, bukan juga kategori genius dalam bidang masakan. Setakat nak jamu perut sendiri tu yakin lagi la takkan mati kalau sendiri masak..hahaha

Sally perasan perencah ni masa kak Suria Amanda masak guna perencah Mee Goreng Adabi, nampak sedap je lepas dia masak jadinya sahaja la nak cuba kan. Walhal masak dengan perencah sendiri lagi senang pun..hahaha


Kebetulan pula masa ke Giant beberapa hari yang lepas, terjumpa dua jenis perencah ni. Perencah Mee Bandung dan Mee Goreng keluaran Adabi. Sally dah cuba guna perencah Mee Goreng, alhamdulillah la sedap juga tapi dua kali Sally cuba, sekali pecahkan telur masa tumis rempah dan lagi sekali tanpa telur. Outcome dia? Masak tanpa pecahkan telur lebih sedap berbanding yang ada telur..Jadinya kalau nak ada telur, baik buat telur mata je lagi sedap kot, ikut selera masing-masing juga la.

Untuk perencah Mee Bandung Sally belum cuba lagi, salah satu sebabnya takde mee kuning, ingat nak cuba la masak guna spaghetti tapi takut nanti tak rasa kaw kaw kuah dia kan, kita tunggu jela bila dah rajin nak ke kedai nanti. Minggu nak nak rehat sebab penat ke event 2-3 hari berturut.

Ada yang dah pernah cuba Perencah Mee Bandung dan Mee Goreng daripada ADABI?

5 comments:

  1. dah msk jgn lupa ajak ai tau..:)

    ReplyDelete
  2. perench mcm ni baik buat telur mata. kalau cmpur mmg tak sedao

    ReplyDelete
  3. Masak lebih mudah dengan perencah adabi. Hehe

    ReplyDelete
  4. Kita tak pernah guna yang ni. Kita selalu guna perencah nasi goreng dia je :D

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka perencah ni. Penambah rasa yg mmg sodap hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!