ORRGA; Set penjagaan wajah dengan bahan semulajadi.


ORGGA; NATURAL SKINCARE THAT WORKS | Sally ni bukannya jenis peminat dengan penjagaan wajah. Sally antara manusia yang paling malas sekali nak jaga muka tapi lama-lama bila dah makin menginjak dewasa, selalu pergi event dan kesana sini jadinya mendapat hidayah la bahawa penjagaan muka tu sangat penting!

Minggu lepas Sally diperkenalkan dengan satu jenama baru yang mengeluarkan set penjagaan wajah menggunakan bahan semulajadi (natural resources). Yang bestnya pasal produk ni semua bahan-bahan nya memang bebas daripada bahan kimia, merkuri, SLS, Paraben dan semua bahan kimia yang lain termasuk pewarna tiruan dan pewangi, 100% menggunakan bahan organik dan semulajadi.



ORGGA terdiri daripada 3 jenis produk, daripada pembersih muka kepada face mist dan beauty oil. Daripada 3 jenis produk ni juga ada beberapa pilihan yang lain. Macam pembersih muka ada 2 jenis, face mist ada 2 jenis dan untuk beauty oil. Jadinya kita boleh pilih mengikut keperluan kulit wajah kita.

ORGGA CLEANSING POWDER: FRENCH ROSE & BACCA BLISS

Istimewanya pencuci muka ORGGA dalam bentuk serbuk tau dan boleh digunakan setiap hari walaupun tekstur dia macam skrub sedikit, ada dua pilihan BACCA BLISS dan FRENCH ROSE. Bacca tu bermaksud berries, bermakna bahan utama lebih kepada buah-buahan dan FRENCH ROSE pula lebih kepada bunga-bungaan.

· Cleansing powder - FRENCH ROSE
Kulit normal, kombinasi, kering, matang dan pra-matang.

· Cleansing powder - BACCA BLISS
Kulit normal, kombinasi, berminyak dan berjerawat.

Clensing powder ni 3 dalam 1 tau, boleh digunakan sebagai pencuci muka, skrub dan juga sebagai mask. Selain daripada membersih, clensing powder ni juga menanggalkan sel-sel kulit mati dan dalam masa yang sama merawat kulit wajah.

Kedua-dua cleanser ini mengandungi 4 bahan aktif semulajadi yang dipanggil “Superstar Ingredients” iaitu Rosehip, Grapeseed, Goji Berry dan Raspberry.



KANDUNGAN PRODUK:

· Cleansing powder - FRENCH ROSE
Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour, Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa & Frankincense.

· Cleansing powder - BACCA BLISS
Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Flaxseed meal, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Goji berry, Grape seed, Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange & French Lavender.



ORGGA FACE MIST: ROSE OTTO, LE NEROLI
ORGGA face mist diperbuat dari bahan-bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi air mawar dan minyak bunga mawar asli serta Aloe Vera, ekstrak kranberi dan blueberi bukan sahaja akan menyegar dan melembapkan kulit, tetapi juga merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan ianya juga adalah anti-oksida.

· Nourishing Facial Mist - ROSE OTTO (Untuk semua jenis kulit)
· Hydrating Facial Mist - LE NEROLI (Untuk semua jenis kulit)


ROSE OTTO tu bermakna ROSE OIL dan LE NEROLI pula merupakan sejenis nama bunga. Dua-dua penyegar ni sesuai dengan semua jenis kulit muka, yang membezakan cuma satu lebih kepada untuk memberikan kelembapan dan lagi satu pula kaya dengan khasiat bahan-bahan yang terkandung dalam face mist ini.

KANDUNGAN PRODUK:

· Nourishing Facial Mist - ROSE OTTO
Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Cranberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, pure essential oils of Rose Geranium, Rose Otto & Palmarosa.

· Hydrating Facial Mist - Le Neroli
Neroli hydrosol, Aqua, aloe vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, pure essential oils of Neroli, Bergamot & Ylang Ylang.



ORGGA LUXE BEAUTY OIL: OLIVA, LIBRA, LINDO

Hah! Yang ini yang paling Sally suka. Sally bukannya jenis yang suka pakai serum atau beauty oil tapi lepas bau beauty oil ORGGA ni terus jadi suka. ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat menggunakan 100% bahan aktif asli dan semulajadi yang diimport dari UK, Italy, Morocco, France dan US bagi memastikan kualiti yang terjamin.

Luxe Beauty Oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7, & 9), Vitamin A, C, D, E & K, anti-oksida dan juga penuh mineral dan nutrisi. Fungsinya lebih kepada melembap dan merawat kulit.

KANDUNGAN PRODUK:

· Luxe Beauty Oil - Oliva
Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.

↪ Sesuai untuk kulit kering, matang dan pra-matang

· Luxe Beauty Oil - Libra
Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja Oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, sea buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefuit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.

↪ Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi

· Luxe Beauty Oil – Lindo
Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood

↪ Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat



MACAM MANA CLENSING POWDER ORGGA DIBUAT?

Sekarang banyak produk yang ada dipasaran berani claim produk mereka tu organik dan bebas kimia tapi macam mana kita nak tahu kalau founder menipu kan? Pengasas ORGGA, Puan Zaza tunjukkan sendiri kat kami macam mana clensing powder (FRENCH ROSE) dibuat, tapi takde la sukatan sebenar tau..hahaha

Semua bahan yang dia bagitahu yang terkandung dalam cleansing powder tu diterangkan satu persatu, nampak macam senang je campur sana campur sini tapi kalau salah sukatan atau salah bahan yang dicampur, takkan dapat kesan seperti mana yang kita nak..jadinya, beli jela ORGGA terus, tak payah nak buat kat rumah eh..hahahaha



PILIHAN SALLY SELEPAS TENGOK SATU PERSATU PRODUK ORGGA?



Clensing Powder - FRENCH ROSE
Face Mist - LE NEROLI
Luxe Beauty Oil - LIBRA



Kalau korang macam curious nak tau macam mana guna daily clensing powder ni..senang je, just letakkan anggaran dalam satu sudu teh clensing powder tu dan kemudia campurkan dengan air sampai jadi macam pes. Urut lembut kulit muka dalam gerakan membulat, dan basuh. Untuk kesan maksimum, biar kan pes di muka selama 2-5 minit sebelum basuh. Kiranya masa basuh muka tu pergi gosok gigi kejap lepas tu baru bilas muka..haha

↝ Menghilangkan dan mencegah jerawat dan bintik-bintik hitam.
↝ Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam.
↝ Menganjalkan kulit dan melambatkan kesan penuaan
↝ Menyihatkan dan melembutkan kulit.
↝ Mencerahkan dan menaikkan seri wajah secara semulajadi.
↝ Membantu aplikasi mekap nampak natural, sekata dan tidak bercapuk



Ini muka tgh guna clensing powder tu, lepas tu continue dengan Face Mist - LE NEROLI. Awalnya Sally macam nak cuba ROSE OTTO tapi lepas tu tukar fikiran Sally try LE NEROLI sebab bau dia wangi sangat..hahaha..Tak susah pun, spray kan ke muka dan leher. (Goncang setiap kali sebelum guna). Tekap kulit muka dengan lembut menggunakan tapak tangan. Sementera kulit muka masih lembab, teruskan guna ORGGA Luxe Beauty Oil.

↝ Menyegarkan dan melembapkan muka
↝ Menaikkan seri wajah dan menjadi agen anti-penuaan
↝ Merawat kulit kering dan kasar
↝ Melembutkan dan mencerahkan kulit kusam
↝ Mengawal kulit berminyak
↝ Membuat mekap tahan lebih lama



Walaupun tekstur ORGGA Luxe Beauty Oil tak cair macam water-base serum tapi ianya tidak berminyak dan melekit. Korang boleh guna sebagai pelembap atau boleh juga dicampurkan dengan krim dan pelembap sedia ada. Beauty oil ni memang gunakan 100% bahan semulajadi yang berkualiti dan boleh dijadikan base makeup.

HARGA PASARAN PRODUK ORGGA:
HARGA Clensing Powder: RM80 (Normal)
Special Price : Pre-order 31 Ogos - 21 September 2018 : RM65 (free postage)

HARGA Face Mist: RM60 (Normal)
Special Price : Pre-order 31 Ogos - 21 September 2018 : RM45 (free postage)

HARGA Luxe Beauty Oil: RM110 (Normal)
Special Price : Pre-order 31 Ogos - 21 September 2018 : RM95 (free postage)

*Produk ini akan dilancarkan pada 25 September 2018

WEBSITE: www.orgga.my
FACEBOOK: ORGGA Malaysia - Organic Skin Care
INSTAGRAM: @orggamalaysia

Orgga Malaysia sedang mencari agen untuk memasarkan produk mereka, kepada yang berminat boleh rujuk ke laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut!

Post a Comment

5 Comments

  1. Wahhh menarik, dr bahan semulajadi. Sama la kita bila dah berumur ni baru terhegeh2 nk jg muka huhuhu

    ReplyDelete
  2. unik nama produk ni.. packaging pun comel je...

    ReplyDelete
  3. Asal set penjagaan wajah ni suka je nak baca. Produk ni pun best jg kan.

    ReplyDelete
  4. Kalau produk yang guna bahan organik ni macam ni memang best. Nak guna pun tak risau.

    ReplyDelete
  5. set dia not bad juga harganya.. organic lagi.. actually kita kena amalkan barangan organic sbb kebanyakkan brg kosmetik lain ada chemical dan juga sesuai sgt utk kulit yang bermasalah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!