Monday, August 27, 2018

Strawberry Muffins Recipe using Pensonic's Air-Fryer


Sebenarnya Sally masih lagi tak boleh move on daripada buat muffin, kadang tu ibu yang mintak sebab dia takde benda nak buat minum petang la kudap kudap la..macam-macam alasan dia..haha

Sally ni sebab kerap sangat buat muffin, jadi rasa macam sayang pulak bila pakai cup mahal-mahal lepas tu buang..hahaha..Iolls kan cheapskate! So, resipi Sally memang guna cup kertas sepanjang masa..hahaha


MUFFIN STRAWBERRY DENGAN CIP COKLAT STRAWBERRY

Bahan-bahan:
Bahan A
1 biji telur gred B
½ cawan minyak masak/minyak jagung
1¼ cawan susu segar
1 tsp perisa strawberry / strawberry emulco
½ tsp pewarna pink
½ cawan cip coklat strawberry

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 tsp baking powder
1 cawan gula
Secubit garam

Cara-caranya:
↪ Panaskan air-fryer, set kepada 160°.
↪ Campurkan Bahan A (Telur pukul, masukkan pewarna dan perisa/emulco, masukkan minyak masak dan kemudian susu segar)
↪ Campurkan Bahan B (Masukkan gula dan ayak tepung, baking powder bersama secubit garam)
↪ Gabungkan Bahan A + Bahan B, kacau sehingga sebati tak perlu sampai hilang ketul-ketul tu janji sebati je dah cukup.
↪ Masukkan adunan dalam acuan ataupun muffin cup, ikut kepada kehendak masing-masing sampai 3/4 penuh
↪ Masukkan dalam air-fryer, bakar dalam suhu 160°/15minit atau sehingga masak

Kalau nak lagi sedap boleh masukkan 1-2 sudu plain yogurt untuk bagi rasa masam-masam sikit dan kalau nak lagi best, instead of letak cip coklat tu boleh tukar kepada dried strawberry..atau boleh mashed fresh strawberry...! Senang je kan? Korang jangan lupa cuba okay!

5 comments:

  1. since kite memang penah makan hasil baking Sally.. hehe kita yakin yang ni sedap jugak =D

    ReplyDelete
  2. terliur kiteeeeeee.. jahat tau !!!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya....tapi diri ini tak minat baking huhu

    ReplyDelete
  4. Nak sepinggan. Hahahha! Nampak sedap sangat ni Sally.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!