Majlis Pelancaran Kempen 'Jom Berzakat @ zakat.com.my'


Jom bayar zakat @ zakat.com.my | Sekarang ni zaman semua benda dihujung jari. Dengan kesedaran itu juga la Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan sebuah kempen khas iaitu 'Jom Berzakat @ zakat.com.my' yang berlangsung bermula 1 Ogos - 31 Oktober 2018.


Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP, kempen ini telah dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat lebih peka berzakat walaupun mereka mempunyai kekangan untuk ke kaunter.

Inisiatif ini bagi meningkatkan masyarakat sedar akan tanggungjawab mereka untuk berzakat dan fokus utama semestinya untuk meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf . Dengan kemudahan pembayaran secara online, pembayar zakat boleh menyelesaikan pembayaran mereka bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Objektif lain ialah menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di sekitar Wilayah Persekutuan dan juga kepada pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja diluar negara, amnya kempen ini akan memudahkan mereka untuk menunaikan kewajipan masing-masing.


Menariknya, sepanjang waktu kempen yang berlangsung bermula 1 Ogos - 31 Oktober 2018, SeriGroup Global Sdn Bhd (Seri Beauty) berbesar hati menaja hadiah sebagai menghargai para pembayar zakat. Ada lebih 20 hadiah yang boleh dimenangi setiap bulan selama 3 bulan! Jangan risau, semua hadiah bukan diambil daripada duit zakat!

20 orang pemenang akan dipilih secara rawak, setiap penyertaan dikira apabila pembayar zakat membayar zakat di portal rasmi PPZ-MAIWP. Ogos, September, Oktober; 20 orang pemenang setiap bulan! Sesi penyampaian hadiah akan dilaksanakan semasa Karnival Zakat yang akan berlangsung pada 1 Disember 2018.


Sepanjang tempoh kempen ini, PPZ-MAIWP menyasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan anggaran sebanyak RM 2.5 juta.

Syarat dan cara penyertaan:
Bayar zakat di portal rasmi (www.zakat.com.my/kempen) atau...imbas QR Code yang ada di dalam poster. Hanya pembayaran sepanjang tempoh kempen sahaja yang layak untuk menyertai cabutan untuk hadiah.

Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah, banyaknya hadiah di sediakan ramai pula tu akan dapat biasa sampai pemenang ke 3 je

    ReplyDelete
  2. bayar zakat dapat hadiah.. terbaik kempen macam ni. nak bayar pun dah senang,tak de alasan kenapa tak boleh nak bayar..kan?

    ReplyDelete
  3. senang dah ada online. Mana yang berniaga online, catit duit jualan hari-hari dan tolak 2.5% aje untuk berzakat. Mana tau esok jadi jutawan, gara-gara berzakat kann

    ReplyDelete
  4. kalpquuu boleh bayar zakat online memang betul2 menyenangkan.. ni ada pulak hadiah klu berzakat.. terbaik

    ReplyDelete
  5. skrang mudah semua hujung jari..x dak alasan xleh or xmo buat..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!