Friday, August 24, 2018

#KakakKimchi pi konsert K-WAVE 3 Music Festival!


K-WAVE 3 Music Festival | Walaupun nampak banyak blogger yang cover pasal K-WAVE 3 Music Festival, Sally takde la excited sangat nak pergi walaupun line up dia rata-rata antara nama-nama besar yang tgh famous di Korea dan Malaysia terutamanya.

Tapi lepas semua members CNBLUE dah enlist military Sally jadi macam takde artis KPOP nak follow..hahaha...jadinya kalau jumpa artis KPOP yang bawah agensi yg sama boleh hilang rindu kot? Hahahaha...Kebetulan dalam line up ada AOA dengan FT Island yg datang daripada FNC Entertainment.



Thanks dekat rakan blogger (ruby.my) & (ceritamak.com) sebab sponsor tiket untuk Sally..hehehe...jimat RM 1,104 sebab tak payah beli tiket..hahaha...rezeki nak pi tengok KPOP kekdahnya...Sally actually minat la jugak dengan FT Island, kebetulan ada lagu baru keluar daripada latest album dorang, makin berkobar la jiwa #KakakKimchi nak pi konsert!





Untuk konsert kali ni macam biasa la Sally bawak kawan baik Sally merangkap travel partner Sally, Hidayah dengan kakak sepupu Sally yang memang minat KPOP..Kami ni kalau duduk sekali boleh habis peta Korea tu kami nak kongsi cerita..hahahaha...

Konsert malam tu dimulakan dengan persembahan daripada WJSN yang menyanyikan 4 buah la...Sally tak minat sangat dengan dorang ni jadinya tak dapat la nak sing a long, cuma tau la dorang nyanyi lagu Dreams Come True, Secret, I Wish & Starry Moment. Gambar pun dari jauh jela awak sebab mana boleh bawak kamera masuk hall..



Lepas tu turn Jeong Sewoon dengan AOA...tapi takde gambar sebab dalam fasa tengah menghayati nyanyian la kan..hahaha...Jeong Sewoon, Sally tak follow sangat karier dia jadi penyanyi...cuma yang Sally tau yang lagu dia ada jadi salah satu OST dalam drama "What's Wrong With Secretary Kim" yang agak famous dua tiga bulan ni...Dia nyanyi lagu 20 Something, Toc Toc, Irony & Just U.

AOA pulak agak tak sempurna lepas Choa keluar daripada kumpulan dan Mina tak dapat datang sebab masih ada di hospital, tapi nasib baik jugak la dorang menyanyi lagu favorite jugak...AOA ni Sally follow sebab dorang sama agensi dengan CNBLUE, jadinya tau la serba sikit lagu dorang. Malam tu dorang nyanyi 6 lagu start dengan Bingle Bangle, Excuse Me, Bing Bing, Like A Cat, Miniskirt & Heart Attack.



Next, turn BOYFRIEND pulak...Walaupun dorang ni dah lama debut, ada few lagu je rasanya Sally follow sepanjang karier dorang...Honestly ramai gila la idol/artis Korea kalau sebut pasal KPOP...tak sempat nak follow...hahaha...BOYFRIEND bawak 4 lagu; Star, Obsession, I'll Be There & I Yah.



Tiga line-up yang memang Sally tunggu semestinya EXID, MONSTA X & FT Island. So, masa sampai turn EXID memang mata segar bugar la sebab tak sabar nak tengok Hani! Dorang bawak 6 buah lagu; Lady, DDD, Night Rather Than Day, Ah Yeah, Hot Pink dan UP & Down!





Bercakap pasal MONSTA-X pulak, Sally lgsg tak kenal kalau nak sebut ahli dia...cuma macam biasa la Sally dengar semua lagu dia sebab ade junior Sally minat, jadinya curious la jugak nak tau...sama macam EXID, MONSTA-X pun bawa 6 buah lagu...opening dengan lagu DRAMARAMA memang pilihan yg paling gempak! Lepas tu sambung dengan lagu From Zero, White Love, Be Quiet, Special & Jealousy!



Lastly, line-up yang paling Sally tunggu semestinya Lee Hongki dan semua ahli FT Island..Sally awalnya harap la dia nyanyi lagu "Severely" tapi hampa, lepas tu dengar lagu opening lagu "PRAY" terus rasa nak head banging kat situuu...gituuuu sekali excited kan?



Sebab dorang ni main instrument, jadinya kedudukan dibelakang stage tu agak terbantut sikit la nak cuba dapatkan shot yang terbaik...Nasib baik jugak Hongki ada kedepan sikit, jadinya dapat la juga sekeping dua gambar..hahaha...

Sama macam EXID dan MONSTA-X, dorang nyanyi 6 buah lagu yang bermua dengan Pray, Out of Love, Summer Night Dream (lagu baru daripada album latest), Champagne, The Night dan Take Me Now..Overall antara performance yang paling gempak sepanjang konsert!



Sampai sekarang masih lagi tak percaya last minute dapat tiket konsert K-WAVE 3 Music Festival..Thank kepada MCalls yang bawak semua artis ni ke Malaysia...So, konsert WINNER dengan iKON bulan Oktober ni mana nak dapat tiket free? LOL!

16 comments:

  1. Untunglah dapat tiket free! :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh beruntungnyerr..kita x pernah termimpi nak tgk artis kpop live..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat tiket free.. Zaza artis kpop mmg tak kenal langsung tp tetap support mereka. Kdg2 tgk tarian mereka bestkan

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya dapat pergi konsert kwave. Teringin nak pergi tapi masa tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat tengok live, tak pernah lagi tengok konsert K-pop live .

    ReplyDelete
  6. Mahalnya tiket dia..Seb baik la ada orang bagi tiket free. ..Artis kpop ni yang akak tau super Junior je Sally..tu pun entah ada lagi ke tidak diaorang tu..hahahah

    ReplyDelete
  7. Kalau ada blackpink maybe akk akan p tengok hahaha

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya dpt tgk konsert kpop.. Tp serius wawa pon minat yg lama mcm cnblue, ft island, snsd, f(x), sj... Yg baru2 ni kureng skit minat...huhu..

    ReplyDelete
  9. Suka baca penerangan Sally pasal artis Korea ni. Dalam banyak-banyak nama tu, Mina je yang kak Rose tahu. Hihi.. best tengok konsert live gini. Rasa kemeriahannya.. kalau kita tahu lagu dia nyanyi, lagilah excited nak nyanyi sama-sama kan:)

    ReplyDelete
  10. Yayy, Exid Hani.. Last last baru yg best perform noh..

    ReplyDelete
  11. Untunglah dia dapat pergi tengok konsert Kpop free

    ReplyDelete
  12. errrrm.. kenal FT Island jeee kot. eh yg lain kenal tapi yashe yashe. BTS ke Seventeen ke gempak aaaa hehehe =P

    ReplyDelete
  13. Siapa minat k pop, mestilah kena pergi..hehehe..mesti best ni..suka tgk diaorg menari je

    ReplyDelete
  14. Wah macam gempak sangat concert ni, i nak pergi tapi malam itu i have family things to do.

    ReplyDelete
  15. Kita ni tak follow sangat bab kpop2 ni. Agak kurang minat sikit. Maybe selalu kalut dengan anak kut. Tak dan nak follow hal camni. 😅

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!