Thursday, August 2, 2018

Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama di Malaysia - Galeeveurs


Bercakap pasal makanan, Malaysia sendiri dikenali sebagai syurga makanan oleh manusia sejagat. Oleh sebab itu, pihak Kumpulan Galeeveurs telah melancarkan Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama di Malaysia yang mana fungsi utamanya bagi memelihara kepelbagaian makanan, resipi turun temurun yang ada di Malaysia.

Satu majlis pelancaran telah diadakan di Petaling Jaya pada hujung Julai yang lepas. Galeeveurs bercadang untuk membina satu hab yang bukan sahaja berfungsi sebagai sistem inkubasi, malah ianya selaras dengan perkembangan jenama kumpulan.

Oleh itu, Galeeveurs sangat mengalu-alukan pemilik perniagaan serta start-up makanan dan minuman untuk berkembang di bawah platform ini sebagai satu kumpulan di bawah bumbung kumpulan Galeeveurs.

Ketika majlis pelancaran, turut diumumkan tentang perkongsian Galeeveurs dengan pelbagai pertubuhan termasuk Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Disamping itu, perkongsian ini akan memperkuatkan pengembangan mereka dalam penargetan untuk lebih banyak jenama makanan & minuman untuk sertai mereka menjelang akhir tahun 2019.


Korang mesti pernah dengar jenama-jenama besar seperti Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha. Mereka ini juga berada dibawah naungan dan diuruskan oleh Galeeveurs. Dengan kepakaran yang ada kepada kumpulan mereka, Galeeveurs menawarkan enam jenis servis yang merangkumi strategi penjenamaan dan pemasaran, servis pengurusan, kilang produksi sentral, pendidikan mengenai makanan dan minuman, perkembangan IT serta bantuan kewangan kepada mereka yang layak.

Selain daripada itu, antara kekuatan lain kumpulan ini ialah mereka memiliki sijil Halal & HACCP, jadinya para pengusaha dapat melebarkan lagi sayap perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.


Galeeveurs menyasarkan peniaga tempatan serta operator makanan dan minuman sebagai sasaran utama, kerana mereka ingin mengekalkan ketulenan makanan daripada resipi tempatan. Setiap jenama akan melalui proses melalui enam servis yang ditawarkan bagi mengoptimumkan potensi setiap jenama. Lepas ini tiada lagi masalah untuk pengusaha tempatan untuk mengekalkan perniagaan mereka di Malaysia.

Kepada yang berminat untuk menyertai Galeeveurs atau berminat untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai Galeeveurs ataupun program dibawah anjuran mereka, boleh menghantar email ke joinus@galeeveurs.com atau layari laman sesawang mereka di www.galeeveurs.com

2 comments:

  1. Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B? err.. TB tengah bayangkan macam mana.. ada macam inkubator baby tu ke? adoi.. kena google lagi ni.. huhu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!