Friday, August 10, 2018

Delivery dalam masa kurang sejam dengan Lalamove!


KHIDMAT PENGHANTARAN LEBIH PANTAS KURANG SATU JAM DENGAN LALAMOVE, KINI DI HUJUNG JARI | Pernah tak masa korang duduk kat rumah atau ada kat mana-mana lepas tu teringin nak makan sesuatu tapi ada kekangan daripada faktor cuaca, pengangkutan, lokasi ataupun malas? Pernah tak korang berharap beli sesuatu secara atas talian dan boleh guna secepat mungkin atau paling tepatnya dalam hari yang sama atau mungkin dalam tempoh kurang daripada satu jam?



Ini ada berita baik untuk korang, atau mungkin untuk Sally juga sebenarnya...Lalamove, pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand), kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia setelah mengumumkan kemasukkannya ke Malaysia dua bulan lepas. Kalau korang nak tau, Lalamove telah digunapakai secara meluas di beberapa buah negara Asia yang lain seperti China (hampir 100 bandar), Hong Kong, Indonesia (Jakarta), Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Singapura.

Semalam Sally telah hadir ke majlis pelancaran mereka dan belajar secara am tentang penggunaan aplikasi mereka. Memang teruja la sebab fikir banyak benda boleh guna aplikasi ini, semua jenis makanan dah ada dalam kepala..tapi jangan salah faham tau, bukan makanan je boleh, segala jenis servis atau barang pun boleh (tertakluk kepada terma dan syarat).



Dengan adanya Lalamove, penghantaran barang yang dibeli diukur berdasarkan minit, bukan lagi hari. Kepantasan Lalamove dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Penghantaran jarak dekat boleh dipenuhi dalam tempoh satu jam dan membolehkan pengguna Lalamove untuk mengembangkan perniagaan dengan pesat tanpa dibebani masalah logistik mahupun kos operasi yang tinggi. Buat masa sekarang mereka hanya menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur dan Klang Valley, tapi dalam masa yang terdekat akan berkembang di Penang dan juga Johor.



Macam dalam gambar ni, mereka mencuba untuk membeli makanan daripada sebuah restoran dan terus dihantar kepada pelanggan dalam masa yang singkat. Lepas ini takde la istilah teringin ke mengidam ke..semudah gerakkan jari di aplikasi Lalamove dan boleh dapat apa yang kita mahukan sepantasnya.

Buat masa ini hanya ada kereta dan motosikal sahaja, lepas ni akan ada van dan trak sebagai pilihan jika korang nak hantar sesuatu yang besar dan lebih berat.



Setelah menamatkan proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur, Lalamove telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Perkhidmatan mereka berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja. Secara puratanya, mereka telah menyempurnakan hampir 300 penghantaran setiap hari.

Lalamove memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian ( sharing economy ) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan ( on-demand ) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata.

Platform penghantaran Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata ( real-time ), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.



Caj perkhidmatan Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat parcel. Lepas ni dah mudah la nak membeli secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Lalamove di lalamove.com

5 comments:

  1. Seronok ada servis ni.. Hope akan ada di negeri2 lain pulak

    ReplyDelete
  2. Wah, teruja sekejap ini selain makanan barang pun boleh ke ? Nanti tak ada dah kena lempang dgn customer baru order brg nak terus dapat brg

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan boleh, brg pun boleh! hahahaha..kan...lepas ni jgn meroyan kat FB dah!

      Delete
  3. haaadoiyaiiii makin banyaklaaaa boleh makan lepas ni. part tingin terus dapat tu i looike =D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!