Wednesday, August 29, 2018

Dato AC Mizal; rakan kongsi baru Pollo Mendi.


RESTORAN POLLO MENDI | Bercakap pasal makanan, Malaysia ni memang la syurga orang kata. Terbaru ni, syarikat penyedia makanan Pollo Mendi telah memilih dan mengumumkan penglibatan Dato AC Mizal sebagai salah seorang rakan kongsi perniagaan mereka yang mana akan bertanggungjawab untuk membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi itu sendiri.

Dengan kekuatan dalam pemasaran dan penjenamaan, Dato AC Mizal merupakan rakan kongsi yang terbaik kerana selain daripada mempunyai seramai 1.1 juta pengikut di laman sosial Instagram, beliau juga rapat dengan nama-nama besar di Malaysia yang mana sedikit sebanyak membantu dalam merealisasikan promosi jenama Pollo Mendi.



Pollo Mendi telah diasaskan oleh En. Mohd Fadzil Hashim yang merupakan seorang usahawan Bumiputera yang terkenal dengan jenama pendidikan (tadika) Brainy Bunch. Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyedia makanan Arab dan Itali serta beberapa menu khas makanan kegemaran rakyat Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2015.

Restoran Pollo Mendi menyajikan makanan "fine cuisine" yang sedap dan diyakini halal. Beliau juga turut menekankan bahawa penubuhan Pollo Mendi ingin membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagaan restoran mewah yang mampu milik. Keunikkan perniagaan Pollo Mendi adalah pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian dan akan ditadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi.

Selain daripada restoran, Pollo Mendi juga mempunyai "food truck" dan bakal melancarkan beberapa kiosk.



Pollo Mendi membekalkan semua makanannya daripada "Central Kitchen" mereka sendiri yang terletak di Puchong. Konsep ini diterapkan supaya mereka mampu menjaga kualiti makanan dan menjaga rasanya. "Central Kitchen" mereka mempunyai status HALAL daripada JAKIM.

So, kepada bakal rakan niaga Bumiputera yang mahu membuka restoran mereka sendiri tidak perlu untuk memikirkan mahu ke pasar untuk bahan mentah, mahu mencari tukang masak dan sebagainya kerana "Central Kitchen" yang menggunakan teknologi "Blast Freeze" dan "Blast Chill" akan memastikan makanan yang dibekalkan adalah mengikut standard dan rasa serta kualitinya terjamin.

Pollo Mendi juga memasarkan beberapa produk sejuk beku seperti dalam gambar melalui rakan usahawan strategik.

Mereka akan melancarkan semula projek Rakan Usahan Eeman RTE yang berasaskan 5 menu masakan ayam seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Masak Merah, Rendang Ayam, Kari Ayam Masyur dan Kurma Ayam.

MENU WAJIB CUBA DI POLLO MENDI

Semua menu yang ada dalam gambar ni merupakan menu sejuk beku, tapi rasa dia masih seperti masakan yang baru dimasak.


Chicken Mendi

Mee Bandung Pak Kadir (Resipi asli Muar, Johor)

Chicken Khabsa

Pollo Mendi menyasarkan untuk membuka 50 buah restoran dalam masa 5 tahun akan datang. Boleh hubungi Encik Fazli di talian 019-2718445 untuk peluang-peluang perniagaan bersama Pollo Mendi.

POLLO MENDI
C-10-GF, One City, 47630 Subang Jaya, Selangor
03-5036 7928
www.pollomendi.com

9 comments:

  1. aduhai....baru kol11 nampak gambar makanan..alahai..berbunyi perut ni

    ReplyDelete
  2. Meee bandung tu nampak menyelerakan betul. Okay nanti boleh try.

    ReplyDelete
  3. Kita peminat 4u2c..fiona
    Bagusla pollo mendi dah ad frozen. Senang cuma panaskan pastu bleh mkn. Sentiasa bleh nikmati menu pollo mendi walaupun di rumah

    ReplyDelete
  4. Nak mee bandung pak kadir tu lagi..jom gi lg wakkk

    ReplyDelete
  5. wah bestnye ade konsep perniagaan macam ni kan..senang dan mudah

    ReplyDelete
  6. Chicken Khabsa tu nmpak mnyelerakan btul. Harap ada kat phg nti..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok chiken mendi tu.. rasa nak gigit2 pun ada

    ReplyDelete
  8. Adudududu cik sally!
    Awak ni kan.. Nak kena babap ni.
    Knapa tayang tayang menu sedap ni ..

    ReplyDelete
  9. Oo .. ni dia jemputan tu. kalau dapat pi titu mesti best dapat jumpa dato AC Mizal..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!