Tuesday, August 7, 2018

Asianic Kids; Mandian terbaru kanak-kanak keluaran Asianic.

Asianic Kids | Kanak-kanak ni kulitnya sensitif bukan macam orang dewasa. Walaupun Sally ni kurang sikit pengalaman dengan kanak-kanak tapi masih lagi tahu la beberapa faktor atau benda yang boleh dan tak boleh diberikan kepada kulit kanak-kanak.


Dengan kesedaran ini juga la pihak Asianic telah mengeluarkan Asianic Kids, mandian untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Asianic merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan siri penjagaan diri dan barang mandian untuk segenap sisi umur dan semestinya diyakini Halal.

Mandian Asianic Kids boleh digunakan daripada hujung kepala ke hujung kaki, maknanya tak payah nak beli 2-3 produk yang berbeza...cukup dengan adanya Asianic Kids!


Asianic Kids diformulasikan dari bahan-bahan terpilih yang sesuai untuk kulit kanak-kanak yang bermasalah ataupun kulit biasa. Hadir dengan dua jenis haruman; buah buahan dan susu, ianya dapat memberi kesegaran dan bau yang amat menyenangkan selepas mandi.

Koleksi penjagaan diri ini diperkaya dengan ekstrak daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut. Kanak-kanak pasti suka dengan mandian yang mampu memberikan pengalaman yang amat menyeronokkan selain dapat menyegar dan memberi aroma yang sangat menyenangkan.

Asianic Kids dari juga bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS (sodium lauryl ether atau sodium laureth sulphate) adalah sejenis agen sabun murah yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata. Paraben pula adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang berada di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.


Asianic Kids juga hadir dalam "travel pack" yang sesuai untuk dibawa kemana-mana, tak payah la sibuk nak tukar dalam botol kecil atau nak angkut botol yg sebesar alam tu. Oh, sebelum terlupa Asianic Kids akan hadir dalam 4 jenis variasi.

Buat masa sekarang produk Asianic Kids ini boleh dibeli secara terus melalui belian atas talian di www.wonderlandprimary.com, Facebook Asianic Halal dan juga kedai serbaguna KK Mart. Pada masa akan datang, produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama dengan harga RM15.90 (750ml & "travel pack").

11 comments:

  1. Sekarang ni ada macam2 mandian untuk kids. Kalau tak suka mandi memang sajalah tu πŸ˜†

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar lagi brand ni but yeayyy boleh beli online!

    ReplyDelete
  3. Serius wawa suka guna syampuu & body shower dia... Skrg dh kuokn yg utk kanak2 mcm best je.. Bau dia mesti sedap kan sally.. Asianic ni bgus dan skrg kt pasaran pon dh dikenali..

    ReplyDelete
  4. benda gini kalau beli jangan la tinggal dalam bilik air gitu je..kena letak tempat tinggi.kalau tidak harum seminggu la bilik air sebab bebudak buat main..hahah..

    ReplyDelete
  5. Yang travel pack tu, beli senang... nak pergi mana-mana atau balik kampung, boleh bawak sekali... yang peach tu mesti wangi :)

    ReplyDelete
  6. Wah asianic dah ada mandian untuk kanak kanak pulak.yang travel kit bagus mudah nak bawa ke mana mana

    ReplyDelete
  7. Comelnya designnya, yang tau utk dewasa je untuk kanak2 pun ada rupanya. Bagus produk ni

    ReplyDelete
  8. Bau nya pun dah sedap..suka kita tau..memnag bila pakaikan sabun anak, mak pun nak pakai..hahhaa..

    ReplyDelete
  9. Bestnya Asianic dah keluarkan mandian untuk kanak2 pulak.. comel pulak tu design pada botol dia

    ReplyDelete
  10. Dia ala ala head to toe ehh sally? Kita suka beli yang macam tu. Senang. Lagi2 kalau travel. Macam nak try je.

    ReplyDelete
  11. Nampak nyer sekarang dah mula banyak jenama produk baby, semua design and color memang cute.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!