Friday, August 3, 2018

Air Tangan 5 Chef di Nook, Aloft KL Sentral sepanjang Ogos sempena bulan Kemerdekaan.




Nook, Aloft KL Sentral | Sempena bulan kemerdekaan Malaysia, Nook, Aloft KL Sentral telah menyediakan pelbagai sajian yang hebat hasil daripada kepakaran 5 orang chef mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

Jika korang mencari bufet yang menyediakan pilihan makanan yang bercirikan Malaysia, promosi bulan Ogos di Nook, Aloft KL Sentral memang tak boleh di lepaskan! Baru-baru ni Sally berkesempatan untuk berkunjung sendiri bagi merasai keunikkan rasa hidangan yang mereka sajikan!



Barisan chef yang menjadi tulang belakang dalam menyediakan juadah sempena promosi bulan Kemerdekaan. Mereka diketuai oleh Chef Mohd Hafizzi Bin Aledul Ginani. Beliau merupakan chef yang bertanggungjawab terhadap menu pembuka selera bagi hidangan bufet kali ini.







Chef Mohd Hafizzi menampilkan hidangan gabungan tradisional dan moden seperti Gago-gado, Asian Chicken Noodle Salad, Shrimp and Pamelo dan Watercress Salad. Kuah kacang untuk Gado-Gado tu memang pekat dan kena dengan selera kami.





Chef kedua ialah Chef Muhammad Hafiz Bin Izham yang berasal dari Pahang. Chef Hafiz memang pakar dalam penyediaan menu masakan Melayu. Beliau hadir dengan menghidangkan masakan khasnya seperti Fried Cispy Sea Bass dengan Green Curry Gravy, Spiced Eel Soup dan Gulai Pisang Muda Ikan Bilis.

Bufet kali ini lebih istimewa kerana menampilkan hidangan masakan Cina yang disedikan oleh Chef Emmanuel Chang Lin Con yang berasal dari Melaka. Masakan chef Emmanuel seperti Kam Heong Chicken with Dried Chilli, Butter Prawn with Oats dan juga Wok-Fried Mussels with Black Bean Gravy.

Sally memag suka betul dengan Butter Prawn mereka, udangnya segar dan yang penting sekali walaupun masak dengan butter tak rasa "heavy" sangat in terms of rasa dan tekstur dia.





Sally kalau ke bufet, memang akan terjah bahagian pencuci mulut kerana itu yang paling menjadi kegemaran Sally, rasanya rata-rata orang yang ke bufet pun memang sukakan benda yang manis.

Pencuci mulut kali ini dibawakan oleh Chef Zahrin Mohamad bin Madzlan. Korang boleh menikmati Bubur Som Som, Brownies Tower, Pandan Tiramisu in a Coffee Cup dan banyak lagi. Ini hanya beberapa pencuci mulut yang special kalau korang ambil bufet kat hotel ini.



Selain daripada hidangan Asia ada juga masakan westem dan gabungan fusion dari Chef Ahmed Zaki bin Harun. Sajian fusion barat yang dibawa chef ini sangat unik, ada Braised Chicken Rendang Pasta, Daging Masak Hitam Berempah dan Quattro Formaggi Pizza.

Rasa Rendang tu walaupun dimakan dengan pasti masih lagi sedap dan rasa keaslian menunya. Untuk pizza tu pulak Sally tak berapa gemar sebab ada keju yang memang Sally tak pernah suka..hahaha..tapi overall rasa dia okay la...cuma Sally yang tak suka.



Selain daripada menu diatas, Sally nak juga kongsikan dengan korang menu lain yang ada disediakan disini. Korang memang kena cuba Laksa Sarawak, Burger Daging, Nasi Lemak, dan Nasi Ayam Hainan mereka. Memang terbaik!

Harga bufet hanya RM108 nett untuk dewasa dan hanya RM54 nett untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun pada setiap hari Ahad sehingga Khamis. Pada hari Jumaat dan Sabtu, Nook menawarkan Sea Meat Buffet Dinner, satu siri rasa segar makanan laut seperti udang, ketam, kupang dan banyak lagi. Harga bufet pada hari Jumaat dan Sabtu ialah RM120 nett untuk dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak. Nook, Aloft KL Sentral ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 malam.

1 comment:

  1. Nampak sedap sangat semua makanan dekat sini. Berbaloi lah dengan harga tu kan ☺

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!