Red Seal ; ubat gigi semulajadi pertama daripada New Zealand.

Bagi semua produk penjagaan diri yang selalu gunakan, tidak ada sesuatu yang lebih penting daripada apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita. Red Seal Natural Toothpaste membolehkan kita mempunyai pengalaman memberus gigi dengan lebih selamat dan semula jadi.

Pengguna sekarang banyak mencari alternatif yang lebih sihat untuk diri mereka sendiri dan keluarga. Terutamanya apabila mereka menyedari potensi perengsa berupa bahan-bahan kimia sintetik dalam produk aliran utama. Perengsa sedemikian termasuk tiruan warna dan perisa, triclosan, parabens dan microbeads.


Red Seal berasal dari New Zealand, sebuah negara yang dikenali untuk alam sekitarnya yang bersih hijau, air yang indah dan udara segar. Memberikan jaminan tambahan kepada pengguna ialah perhatian utama sistem keselamatan makanan di negara tersebut.

Ubat gigi Red Seal menggantikan bahan-bahan kimia tersebut dengan ekstrak herba dan minyak pati seperti eucalyptus, aniseed dan pudina yang lebih semulajadi. Gabungan bahan-bahan tersebut menghasilkan ubat gigi yang sangat beralkali (pH > 8) dan mewujudkan satu persekitaran yang berupaya menghindari pertumbuhan bakteria.

Salah satu contoh bahan semula jadi yang unik berasal dari pokok Totara; pokok asli di New Zealand. Minyak Totarol ialah estrak yang dihasilkan secara semulajadi daripada pokok Totara yang dikitar semula. Totarol merupakan satu alternatif semula jadi untuk mengurangkan bakteria dalam mulut kita. Rangkaian ubat gigi semula jadi ini turut berasaskan kalsium karbonat yang semula jadi, ia membantu dalam pembinaan gigi atau memberikan zat galian kepada gigi.


Terdapat empat jenis ubat gigi yang tersedia dan produk utamanya ialah Natural Toothpaste. Ia merupakan gabungan 12 herba dan ekstrak untuk membantu pemineralan semula dan membunuh bakteria untuk mencegah pembentukan plak dan pereputan gigi. Ia mempunyai perisa pudina yang menyenangkan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Bagi individu yang cenderung mempunyai ulser, salah satu formula khas, Natural SLS Free Toothpaste sesuai untuk golongan ini. Produk ini bebas daripada sodium lauril sulfat (SLS). Ia menyediakan perlindungan yang lembut pada lapisan mukosa dan sesuai untuk orang yang memakai pendakap gigi.


Ubat gigi Baking Soda Toothpaste digunakan untuk menghilangkan kotoran semula jadi, sesuai untuk peminum kopi atau teh. Ia juga digunakan sebagai ubat gigi pemutihan.


Propolis Toothpaste pula mengandungi 100% propolis lebah dari New Zealand yang bersifat antiseptik dan antibakteria, sesuai untuk penghidap gingivitis dan individu yang mempunyai gusi sensitif.


Akhir sekali, Kids Toothpaste semula jadi untuk si kecil. Rasanya telah dipertingkatkan dengan perisa pisang dan peach semula jadi! Perisanya menggalakkan kanak-kanak menggosok gigi mereka tanpa perlu risau tentang risiko menelan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Ubat gigi yang pelbagai daripada Red Seal telah diedarkan di Malaysia dan dijual pada harga antara RM18.70 dan RM28.20. Produk ini boleh diperolehi secara eksklusif di farmasi Caring di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian ubat gigi Red Seal, sila mengunjungi www.redseal.com.my atau www.facebook.com/RedSealMY.

Post a Comment

2 Comments

  1. banyak juga jenis dia, harga pun berbaloi juga

    ReplyDelete
  2. Read many good feedback about this toothpaste, i wish to try it too.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!