Sunday, July 15, 2018

Pertama kali jumpa blogger Farah!


Daripada dunia maya ke realiti, rata-rata blogger yang ada kat area Kuala Lumpur ni mesti ada la sekali dua pernah jumpa..kalau yang jenis pergi event la...ada jugak blogger yang memang menulis daripada rumah dan tak pernah attend mana-mana event. So, bila dapat jumpa dalam real life tu memang ada beza sikit...ada yang agak kekok, ada yang senang masuk dan ada jugak yang malu bila bertentang mata.


Agaknya rezeki, orang yang jauh pun kita boleh jumpa...Sally awal-awal kenal blogger Farah ni since dia belajar kat Canada lagi sampai la sekarang..Selalu sangat la stalk IG dengan blog dia sebab takde satu pun kawan yang pernah ke Canada, so kira dia wakil la dalam friendlist Sally..hahaha...teringat tahun lepas banyak dapat poskad daripada Canada, pernah sekali daripada New York masa dia tengok konsert dan selalu jugak la dapat fridge magnet. Sally pun tak ingat macam mana kenal dia mulanya, rasanya sebab dua-dua jenis kepala KPOP kot!


Minggu lepas dapat la jumpa kali pertama. Padahal demam teruk masa tu tapi masih jugak berjalan..hahaha..Farah balik kali ni pun sekejap je dan dia dah pun balik ke Canada semalam..18 hari je rasanya kalau tak silap sebab dia balik untuk wedding reception kakak dia yang nikah dalam hujung bulan Jun yang lepas kalau tak silap...Sempat la join dia hilangkan craving dia dekat semua jenis makanan dan thank you Farah sebab belanja makan KyoChon..ya ya kami kan KPOP...hahaha


Again, thanks lagi sekali sebab bagi biskut yang super duper sedap gila ni, dengan fridge magnet lagi daripada Canada..Tinggal lagi berapa keping je biskut ni...sanggup makan tak ajak family sebab takut habis...gila tahun depan baru dapat makan pulak nanti weh! hahahaha...Jangan lupa follow dia kat herlittleguiltypleasures.blogspot.com

Angkat tangan sape yang tak pernah jumpa Sally lagi?

8 comments:

  1. Wah bertuahnya dapat jumpa kak farah. Kak farah pun one of blogger yang mun teringin nak jumpa sebab she is too kind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la ada jugak rezeki..ingatkan tak sempat nak jumpa masa dia balik kali ni..hihi

      Delete
    2. Walawehhh, first time orang cakap kita ni baik. Takpe Mun, ada rezeki nanti boleh jumpa :)

      Delete
  2. wahhh bestnya dapat jumpa blogger lain. Tak pernah lagi buat meetup macamni. Bestnya dapat ole2 dari canada, bukan senang nak dapat :D

    ReplyDelete
  3. Syoknyaa jumpa Farah! Siap dapat ole ole lagi tu. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. Wah ada post khas. Kita pun nak tulis satu post pasal our meet up juga tapi tak tahu bila. Thanks again, kak Sally. Maaflah kalau terkasar bahasa ke apa ke. And maaf jugalah ya kalau saya ni macam aneh sikit in real life. hehe :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!