Saturday, July 28, 2018

Kek Durian guna Air-Fryer Pensonic


Hah! Manjang resipi je yang Sally update kan lately. Entah kenapa tgh gian nak buat kek guna air-fryer..selagi mana ada resipi baru semuanya nak dicuba..hihi..Kebetulan sekarang ni tgh ramai org update pasal durian..kalau kat Facebook tu dah macam pesta durian dah orang berebut-rebut nak update durian masing-masing...kiranya kalau dapat makan durian masa tgh musim ni bagus laa..hahaha..

Selain daripada makan macam tu je, Sally suka jugak makan dengan budu makan dengan nasi kan...tapi selain daripada buat masak tempoyak, makan dengan budu, buat pengat ke serawa ke, Sally cuba buat kek durian..hahaha...nampak tak gigih nak guna air-fryer sampai tahap macam mana?


RESIPI KEK DURIAN

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur saiz B
½ cawan gula kastor
½ cawan minyak masak
1 cawan isi durian, lenyekkan
Sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
  2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, guna mixer atau blender 
  3. Masukkan esen vanila, minyak masak, garam dan tepung 
  4. Kacau adunan dengan isi durian sampai agak sebati 
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar. Sally set 160°C, 15minit (Sally guna cup sebab tak muat nak guna loyang)

7 comments:

  1. Waaa seriouslaaa durian buat kek???? amazed jap

    ReplyDelete
  2. Rajinyaa Sally! Senang betul bila ada air fryer ni :)

    ReplyDelete
  3. aduh durian.. halaaa akak ko ni tak makan durian hahahha

    ReplyDelete
  4. wahhh kehji laa buat kek durian pulakkk..i belum test fryer i baking lagi...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!