Tuesday, June 19, 2018

Shawarma Restaurant | Makanan Arab di Taman Connought, Cheras.



Dah lepas raya ni, mesti dah muak makan nasi impit, ketupat lemang rendang semua tu kan..apa kata kalau kita beralih kepada makanan Arab pulak? Sally tak tau pulak yang dekat tengah-tengah Taman Connought ni ada restoran yang menyajikan makanan Arab yang sedap..Shawarma dia mmg terbaik weh!

Kebetulan masa datang ni Sally datang dengan beberapa orang blogger, jadinya cuba la set family sebab senang, semua dah ada dalam set tak payah nak pening fikir. Ada set untuk 4-5 orang, 6-7 orang atau 8-9 orang, bergantung kepada berapa ramai la yang makan masa tu..Yang Sally makan ni set untuk 4-5 orang. Lokasi dia sangat dekat dengan UCSI University, memang terkenal dengan harga yang berpatutan dan portion yang besar!


Hummus

Untuk korang yang biasa dengan makanan Arab, Hummus ni merupakan menu pembuka selera yang menjadi pilihan. Diperbuat daripada kacang kuda yang di kisar dengan Tahini, minyak zaitun, bawang putih, perahan limau dan garam. Sedap kalau makan macam tu je atau makan dengan roti.


Fatoush Salad

Fatoush Salad ni pun mmg sedap, Sally actually prefer makan Tabbouleh daripada Fatoush, tapi makan jela asalkan perut gembira..hahaha..Fatoush biasanya ada gabungan tomato, dan timun segar lepas tu ditaburi dengan kepingan roti Arab yang digoreng.


Vege Soup / Lamb Soup


BBQ Plate


Big Rice Plate (Mandy / Madghout)
Mandy Lamb / Hanith Lamb
Roasted Chicken (Half Bird)


Yang ni mmg totally recommended la wehhh...Sally boleh makan nasi je tanpa lauk sebab perapan nasi Mandy dan Madghout dia sendiri dah buat sedap tapi kalau padankan dengan mandy lamb atau hanith lamb..Ish ish ish...


Fahsa Lamb


Mullawah (Yemeni Bread)

Fahsa Lamb tu korang kena padankan dengan Mullawah bread ni...roti ni super besar weh boleh makan 3-4 orang, sebesar talam la kalau korang nak agak berapa besar dia...sedap makan panas-panas..Biasanya dalam lapisan roti tu ada butter atau ghee, itu yang membuatkan sedap dia berganda-ganda.


Tak termasuk dalam set (Shawarma Set)


Tea Pot

Selain daripada teh ni, korang juga boleh pilih satu jug air buah. Memang pure buah air dia. Ada pilihan air oren, epal atau tembikai.

RM119 untuk 4-5 orang makan mmg berbaloi gila la..Dah la portion dia besar, boleh makan ramai-ramai. Lain kali nak singgah makan menu lain pulak. Falafel dia pun nampak sedap.



Shawarma Restaurant
No. 8, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur
Waze: Shawarma Restaurant
Operating hours: Daily (11am - 11pm)

11 comments:

  1. Fuhhhh! Terpancing selera dibuatnya! Akak memang suka makanan Arab ni.
    Selamat Hari Raya, Sally :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! kan! tapi yg ni mmg recommended la kakak! sedap...Selamat Hari Raya kak Farrah! :D

      Delete
  2. Not bad harga utk 4-5 org tu, dah terbayang muka family kalau menjamu selera kt sini mesti diorang suka sgt2...tq sally sharing...by the way nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kak..berbaloi gila kalau amik set ni kan...Sally pun makan sampai tersandor haaaa! Selamat Hari Raya kakak!

      Delete
  3. Kita tak suka makanan Arab tapi kalau ada orang belanja, bolehlah juga cuba ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Farah! Seriously Shawarma dia sedap..makan tu je pun dah kenyang!

      Delete
  4. makanan Arab ni sedap sebab herbs yang diorang guna tu best. tapi CT paling suka Nasi Arab laa compared to hidangan2 beroti. unless kebab sebab roti nipis =D

    ReplyDelete
  5. Boleh try ni.....nmpak menarik

    ReplyDelete
  6. pergi sana kena call utk reservation x?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!