Sunday, June 10, 2018

Sehari mencari makanan rare sepanjang Ramadan di Perlis.


Makanan rare sepanjang Ramadan di Perlis | Pengalaman kali pertama ke Perlis, Sally teringin nak cuba macam-macam makanan, tapi sebab bulan puasa kan jadinya rambang mata betul nak cuba..Hahahaha...yang ni Sally nak kongsikan beberapa menu yang Sally sempat cuba hasil daripada cadangan wakil daripada pihak UPEN.

NASI GANJA DAN MURTABAK REPOH









Nasi Ganja ni memang terbaik, rasa rempah kat nasi dia tak terlalu kuat macam Biryani tapi ade la rasa rempah dia..Korang boleh pilih nak ayam goreng atau ayam percik, saiz ayam pun berbeza. Nak ayam kecil ke ayam besar ke, ikut kepada selera korang laa...



Murtabak dia pun mmg recommended. Nasib baik Sally beratur agak awal, kalau tak mau haru biru nak tunggu weh...memang super ramai manusia yang beratur nak beli. Murtabak ni special pada Sally sebab bahan yang ada terkandung dalam tuu.

Inti dia ada sayur-sayuran, ade kentang/keledek, ayam dan daging dia pun sangat terasa..sebab dia besar-besar..memang puas hati makan! RM3 sekeping pun sumpah berbaloi!

AYAM KAPIK (MHR ENTERPRISE)





Ayam Kapik ni sebenarnya sama je macam ayam bakar yang lain, tapi perapan dia tu yang berbeza...lepas tu ade jugak sos nak makan dengan dia...ayam dia pun dibakar fresh setiap hari. Memang terbaik tau rasa dia!

Contact number dia nanti Sally bg tau!



BAZAR RAMADAN KAMPUNG BINTONG

Jujurnya masa ke bazar ni, bazar ni merupakan bazar Ramadan pertama Sally singgah untuk Ramadan 2018 ni haa..Bukan main jauh nak ke bazar kan sampai ke Perlis haaa..hahahaha...by the way, kat sini ada macam-macam menu yang pelik nama dia tapi sepelik-pelik menu, tak pelik rasa dia...semuanya MasyaAllah sedap wehh..haha


Perut Lilit Bakar

Ada orang panggil perut muda, ada yang panggil usus, tak kisah la mana-mana nama dia tapi Sally memang suka makan perut ni..Kalau masa raya biasanya arwah nenek akan buat kuah kacang perut untuk Sally dengan kakak. Kira macam menu wajib la.. sekarang ni kalau raya mama la jadi mangsa untuk buat kuah kacang perut..hehehe


Air Sampah

Air ni awal-awal dah memang menarik perhatian Sally. Sebenarnya air ni asalnya merupakan air detox tapi telah diolah dan dijadikan satu jenis minuman yang lain daripada yang lain. Bayangkan ada hampir 30 jenis bahan yang dicampur antaranya lemon, pudina, daun pandan, serai, biji selasih, buah koktel dan macam-macam lagi!! Air ni hanya ada masa bulan puasa dan dah hampir 4 tahun bertapak dalam dunia bazar Ramadan! ehekkk


Seri Muka Bakar (Kuih Talam Bakar)


Ayam Bakar Pasu


Daging Bakar Chiang Mai


Qasidah & Kuih Jongkong


Nasi Ulam

Sebenarnya ada banyak lagi menu korang, ada Roti John 7 Benua, ada Dangai dan macam-macam lagi...Perlis ni memang kategori syurga makanan kepada orang yang suka mencari menu-menu yang lain daripada yang lain.

Rasa macam nak repeat ke Perlis lagi lepas ni...Sally belum cerita pasal Harumanis lagi...adoiii...teringat keenakkan buah mangga Harumanis sampai la sekarang. Jangan lupa baca pengalaman Sally menaiki ETS kali pertama ke Perlis. Selain daripada bas, memandu dan terbang..korang boleh ke Perlis naik tren ETS yang selesa.

8 comments:

  1. Perlis mmg banyak makanan rare..akak dah 2-3 kali pi sana sana sebab adik adik ipar org sana..well perut lilit tu best..psst..makanan kat sana sanah giler

    ReplyDelete
  2. Wah, banyaknya makanann menarik dekat sini, teringin Nk makan perut lama tak makan. Sedapnya, macam2 ada patutlah Sally kata best Bazar kat sini

    ReplyDelete
  3. Amboi sallyyyyy.. 😩 ayam tuu tak boleh tahan tengok hehe.. Yg perut tu ingatkan sate ayam sbb besar2..

    Perlis zaza tak pernah lagi jejak.. Kalau sally nk pergi lagi please nak ikotttt

    ReplyDelete
  4. Amboiii Sally kemain lagi cari makanan rare ye. Hah nasi ganja tuh dinamakan nasi ganja sebab kalau makan jadi ketagih ke macam mana?

    ReplyDelete
  5. Wah semua rare rare juga, dalam banyak banyak ini i still like the air sampah. Dengar macam geli tapi tengok macam refreshing je.

    ReplyDelete
  6. Nama pelik ni la rasa nak cuba..tgk makanan dia semua sedap. Perut lilit tu terasa nak cuva je, adakah hanya ada masa bulan ramadhan je??.. Ke ade tempatvtertentu

    ReplyDelete
  7. uuish banyak pilihan. tapi time hari biasa xde bazar ramadhan. insyallah nanti nak p perlis rumah sepupu..

    ReplyDelete
  8. huiiiiiii, makanan dia! Semua nampak sedap especially ayam :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!