Friday, June 8, 2018

Nostalgia Ramadan di 10 Binjai, PNB Perdana On The Park.


Buffet Ramadhan 2018 - PNB Perdana On The Park | Mencari lokasi berbuka di kotaraya Kuala Lumpur ni agak susah sikit nak cari yang agak murah dan berbaloi.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai PNB Darby Park Executive Suites), lokasinya sangat strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang. PNB Perdana On The Park menawarkan menu berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.



PNB Perdana On The Park menampilkan kompilasi menu masakan yang lazat bertemakan dekorasi klasik di Restoran 10 Binjai yang akan berlangsung daripada 18 Mei sehingga 15 Jun 2018.



Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai memperlihatkan seleksi rangkaian masakan berkonsepkan ala kampung yang bakal mengimbau nostalgia di desa. Antara menu yang disajikan ialah Nasi Beriani Kismis, Ayam Masak Beriani, Rendang Daging, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang Sambal Bawang, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah dan Kobis Masak Lemak.

Selain itu, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Laksa Johor, Mee Goreng, Murtabak, Roti Jala, makanan laut bakar seperti udang, sotong yang sememangnya enak.

Sally suka dengan menu Nasi Ayam Hainan, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Lok Lok, dan semstinya bubur manis yang ada la. Bubur Lambuk kat sini pun sedap jugak!






PNB Perdana On The Park berkonsepkan syariah Islam dan sememangnya telah diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007.

Status halal mereka tidak perlu dicurigai kerana mereka merupakan salah satu hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat Maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.





Harga Bersih bufet Ramadan bagi dewasa ialah RM 92.00 manakala bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun ialah RM 55.20.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-
Restoran 10 Binjai : 03-7490 3838
Website : www.pnbperdanaonthepark.com

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!