Juadah Kampung di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur.

Buffet Ramadhan 2018 - The Federal Kuala Lumpur | Lama pulak rasa tak update pasal bufet Ramadan kan..Seperti tahun-tahun lepas, Sally mmg tak pernah lepaskan peluang untuk ke The Federal Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Selain daripada menu dia yang pelbagai, kawasan dia yang luas dan selesa menghadap swimming pool tu buat rasa seronok!


20 Jenis Kuih Muih Melayu

Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional serta fusion. Daripada segala jenis kerabu, sampai la sate, mee udang, Nasi Ayam dan macam-macam lagi.

Masakan melayu pula terdiri daripadapucuk Manis Gulai Keledek, Ikan Goreng Serai, Hati Ayam Goreng Berkicap, Daging Kicap dan Kacang Pis, Sambal Udang Petai dan Ayam Padprik.


Pelbagai Jenis Kerabu

Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Four Treasure with Crabmeat






Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille


Lok Lok & Sotong Kangkung


Nasi Bukhari

Dim Sum


Deepfried Station

Hard Shell Prawn, Tiger Prawn, Fresh Water Prawn, Crab, Mussel, Sotong, Ikan Kembung, Ikan Pari, Chicken Sathin, Kepak Ayam, Pedal dan Hati Ayam, Peha Ayam, Sate Ayam dan Daging, Sosej, Jagung dan Tau Fu Bakar, Otak-Otak, Keropok Lekor, Ayam Percik, Keledek, Keladi dan Pisang Goreng.



Restoran Kontiki juga menawarkan Station BBQ, terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin. Tak lengkap la bufet Ramadan kalau takde kambing dan makanan panggang yang lain.

The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga RM138 nett/dewasa, RM35 nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club.

Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
Email :fnb@federal.com.my
Website :www.fhihotels.com/federal
Facebook: www.facebook.com/TheFederalKL | www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram :www.instagram.com/kontiki.federalkl



Sempena bulan Ramadan, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki.

Comel-comel je dorang dah la kecik..hehehe..Mereka ni berada di rumah di Segambut yang terdiri daripada 50 anak-anak yang berusia daripada 6-16 tahun. Rumah Nur Kasih Bestari diinspirasikan daripada Puan Nurul pada tahun 2009.



Post a Comment

3 Comments

  1. nasib baik scroll ni awal pagi.. belum kemuncak hari nak berlapar hehe..

    ReplyDelete
  2. Mampu telan air liur sahaja kalau baca pasal segala buffet Ramadan dekat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Uihhh terliur zaza tengok sally.. Sayur brokoli tu sedappp favorite.. Byk gila lauk2 dia.. Aym goreng.. Udang.. Fuhh..

    Tgk budak2 pun happy dapat bbuka puasa bersama2 kan sally =)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!