Wilqadry Realisasikan Majlis Resepsi Indah buat Dynas Mokhtar & Shazrik Din.


Wilqadry x Dynas Mokhtar & Shazrik Din | Umum tahu yang pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar telah disatukan dengan pilihan hati beliau, Shazrik Din dan majlis resepsi mereka telah diadakan di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 yang lepas.

Kalau korang yang tengok majlis resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din mesti korang impressed gila dengan dekorasi dan persembahan majlis mereka. Kalau korang nak tau lagi, majlis mereka telah direalisasikan oleh syarikat pengatucara inovatif yang pakar dalam bidang teknologi dan dekorasi; Wilqadry.


Sally berkesempatan untuk ke press conference sempena majlis resepsi mereka ni. Sedikit info tentang Wilqadry, mereka merupakan sebuah syarikat kreatif dan juga pengurusan acara yang pakar dalam bidang teknologi.

Selain daripada majlis perkahwinan, mereka turut menguruskan pelbagai acara yang berkonsepkan Gaya Hidup, Hiburan serta Korporat. Wilqadry bermaksud gabungan perkataan "will", yang bermaksud pertimbangan dan mencapai sesuatu matlamat dan nama pengasas merkea, Sharifah Rohaidah Al Qadry, dimana "Qadry" itu sendiri bermakna "ketepatan".



Konsep yang diketengahkan oleh Wilqadry bagi majlis Dynas Mokhtar & Shazrik Din ialah tema hijau alam semulajadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan orkid.

Untuk pertama kalinya di Malaysia, sebuah majlis resepsi akan mempamerkan unsur Maghribi yang diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi "projection mapping".

Teknologi "projection mapping" ini telah menggabungkan konsep tradisional dan juga teknologi audiovisual terkini, yang mempamerkan 'X Factor' Wilqadry sebagai syarikat pengatucara yang mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia!


Kolabrasi Wilqadry, sebagai syarikat pengatucara dan juga pengaruh Dynas Mokhtar & Shazrik Din akan memberikan impak yang besar kepada sebuah majlis resepsi yang lain daripada yang lain yang pernah ada di Malaysia. Dynas juga telah dilantik menjadi duta kepada Wilqadry selama 2 tahun.

Semoga kerjasama ini akan menjadi sebuah strategi pemasaran dan penjenamaan yang baik buat kedua-dua belah pihak dan semoga penggabungan acara kontemporari dengan komponen audiovisual bakal mempesona teknologi futuristik di Malaysia.


WILQADRY GRANDEUR ENTERPRISE
Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Hotline : 012 - 634 8985

Post a Comment

9 Comments

  1. Mesti menarik projection mapping tu kan..kuta pu yeruja wakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gilaaa tak menarik kak...dah la details gila project mapping dia...mmg cantik!

      Delete
  2. Akak duk bayangkan tema yang berunsurkan Maghribi tuh.mesti cantik majlis dynas dan suami kan.

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah buat pelakon Dynas Mohktar & suami.. Smoga berkekalan ke akhir hayat. Tema perkahwinan mereka pon nmpk lain dr yg lain sedikit dan mmg menarik. Wilqadry tu company apa ea sally? Makin lama makin nmpk cntik pula dynas ni..

    ReplyDelete
  4. Bakal-bakal pengantin mesti tertarik dengan perkhidmatan Wilqadry ni kan. Memang cantik hasilnya.
    Pssst Hai Dynas ni cantik :) hihi

    ReplyDelete
  5. Sama cantik sama padan..tahniah
    tp yg project ni dah berjln ke blum

    ReplyDelete
  6. tahniah Dynas..ada tengok gambar majlis dia.. Dynas sendiri pernah guna khidmat diaorang maknanya memang terbaik la..

    ReplyDelete
  7. Memang cantik tengok dekorasi masa majlis diaorang..lain dari lain..tahniah dynas menjadi duta..mesti kerja wilqadry ni terbaik sampai dynas nak jadi duta mereka..pertama kali juga dengar pasl wilqadry ni

    ReplyDelete
  8. Tahniah, suka tema dynas ni zira cadang memang nak tema macam ni kalau ada jodoh alam semula jadi. Rasa tenang je

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!