Set berbuka puasa di Warung Makcik Kiah, Sri Petaling.


Berbuka puasa di Sri Petaling | Kalau korang berdekatan dengan area Bukit Jalil atau Sri Petaling, dan nak berbuka puasa kan..Boleh la ke Warung Makcik Kiah. Sally tau yang kat area situ susah nak cari kedai melayu kan...so, ni la Sally nak share dengan korang.

Warung Makcik Kiah telah beroperasi sejak 5 bulan yang lalu dan telah diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi iaitu Pengarah Urusan Premia International Sdn.Bhd, yang merupakan pemilik restoran ini. Nama Warung Makcik Kiah diambil daripada Allahyarhamah ibunya, Cik Kiah yang dikenali ramai kerana masakkannya di Kuantan lebih 4 dekad yang lalu.



Warung Makcik Kiah terkenal dengan masakan asli daripada Pahang. Tapi untuk bulan puasa ni ada set Ramadan yang boleh korang cuba kalau korang nak berbuka kat sini dengan harga yang berpatutan. Mostly masakan yang berunsurkan Thailand la.



Set A
Hidangan : 2-3 Orang
Harga Pakej : RM29.90
Menu
⇢ Kurma
⇢ Nasi Putih
⇢ Ayam/Daging Paprik
⇢ Sayur Campur
⇢ Tom Yam Ayam
⇢ Sirap
⇢ Buah-buahan

Set B
Hidangan : 4-5 Orang
Harga Pakej : RM59.90
Menu
⇢ Kurma & Kuih-muih
⇢ Nasi Putih
⇢ Ayam/Daging Paprik
⇢ Sayur Campur
⇢ Tom Yam Campur
⇢ Telur Dadar
⇢ Sirap
⇢ Buah-buahan





Selain daripada set ni, actually korang boleh juga order menu A-La Carte..Takde masalah pun...yang penting menu kat sini semuanya okay dan boleh diterima tekak Sally.



Kalau korang berminat untuk mencuba berbuka puasa dengan set murah di Warung Makcik Kiah ni, korang boleh hubungi mereka ↧

Tel : 017-276 7273 (En. Rizal)
Facebook : https://www.facebook.com/warungmck/
Instagram : https://www.instagram.com/warungmck/

Post a Comment

2 Comments

  1. Kak Sally, kalau a la carte takde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade je Farah...cuma dorang highlight utk set ni kot kalau dtg dengan kengkawan ke family ke..gituu

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!