Tuesday, May 29, 2018

Menu iftar hujung minggu.


Iftar 2018 | Diam tak diam dah nak hampir setengah bulan kita berpuasa..kejap betul masa berlalu...Sally baru 3-4 kali berbuka kat luar, yang lain biasanya masak je. Pagi masa sahur memang Sally akan makan oats sahaja, datang rajin buat overnight oats..Kalau tak bancuh jela dengan susu tepung dan kismis. Buat masa ni belum ada masalah lagi laa..rasa lagi kenyang daripada makan nasi.

Sally pun jarang jugak makan nasi masa berbuka..mungkin sebab terlalu terkejut, kalau Sally makan berat mesti akan cirit birit lepas tu...So, elakkan makan nasi buat masa sekarang..Hahaha...


Minggu lepas Sally teringin gila nak makan burger, tapi susah nak cari orang jual burger tepi jalan sebab tengah puasa ni kan...So far masih belum jejak lagi mana-mana bazaar Ramadhan..Tapi sebab teringin sangat, masak jugak la burger sendiri...Kebetulan nampak burger ikan...hahaha...makanya makan jela burger ikan.

Nak lengkapkan menu Western Sally, Sally guna sos tartar masa buat burger tu..kiranya tak guna mayonis dengan sos cili la. Beli yang siap je, tolong jangan tanya resipi..Hahaha..Lupa kekdahnya nak beli fries, terpaksa la buat potato wedges, sebab tu yang paling senang. Takde la kekdahnya nak cheezy wedges bagai, siram dengan mayonis je..Hehehe..

So far apa menu yang korang teringin sangat nak makan masa iftar?

6 comments:

  1. sesekali layan western pun ok sally..tapi tulah,tekak akak ni kalau tak kena nasi macam tak boleh..haishhh...tapi teringin...

    ReplyDelete
  2. Sedaaaapnya nampak burger tu.

    ReplyDelete
  3. teringin nak berbuka makan western food macam ciken chop, spaghetti huhu
    setakat ni belum lagi

    ReplyDelete
  4. Teringin nak makan banyak benda tapi takpelah, memang takdenya nak dapat makan. Kita makan je lah epal dengan pisang.

    ReplyDelete
  5. ingatkan sally makan kat kedai makan.presentation macam kat kedai dah.sedap tu burger ikan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. burger ikan nye fillet tu pernah beli skali tapi tataula brand tu kureng sket kot taknak beli da. kalo nak beli yang ikan nye beli nugget ikan or fish n chips je..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!