Thursday, May 17, 2018

Kesihatan Kaki Anda, perkongsian daripada Sunfeet International Rehab Centre.


Sunfeet International Rehab Centre | Nikmat Allah yang tak dapat didustakan adalah kesempurnaan anggota tubuh badan dan kesihatan yang baik. Sepasang kaki merupakan antara nikmat yang tidak ternilai..Jujurnya Sally rasa takut nak fikir kalau satu hari nanti Allah ambil nikmat yang satu ni..macam mana la kehidupan kita nanti.

Selain daripada jantung, anggota dalaman badan..anggota lain pun turut perlu dititikberatkan. Walaupun pada hakikatnya kita sangat memerlukan kaki, tapi kita sentiasa alpa dalam menjaga kesihatan kaki.


Minggu lepas Sally ke Sunfeet International Rehab Centre untuk kali kedua untuk mendengar perkongsian tentang 'Kesihatan Kaki Anda' daripada dua orang panel yang sangat terkenal dalam bidang masing-masing iaitu Dato Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik Ternama di Asia dan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin, Pakar Perubatan yang lebih dikenali kini daripada slot MyDoctors yang ditayangkan di Astro RIA.

Didunia pada umumnya, kebanyakkan manusia mempunyai Flat Foot. Biasanya, tendon di kaki akan terkumpul bersama dengan jumlah yang betul bagi mengekalkan lengkuk apabila berdiri bagi membolehkan pengagihan berat badan yang sekata, tetapi bagi mereka dengan Flat Foot, tendon tidak tertarik bersama-sama dengan betul menyebabkan sedikit atau tiada bagi lengkuk dan berat badan juga akan dipindahkan ke sisi dalam kaki.

Flat Foot mungkin tidak menyebabkan apa-apa masalah bagi sesetengah orang, tetapi gejala-gejala seperti dibawah mungkin akan dialami oleh mereka termasuklah:

➤ Sakit kaki dan buku lali, tungkai kaki, lutut, pinggul atau sakit belakang.
➤ Kaki menunjuk ke arah luar (overpronation) yang membawa kepada kecederaan dan kasut akan haus lebih awal daripada yang dijangkakan.
➤ Lemah pada bahagian kaki, kebas atau kaki menjadi kaku.


Di Sunfeet International Rehab Centre, mereka merupakan sebuah syarikat yang memberikan holistic care daripada mereka yang berpengalaman dan memang mempunyai kepakaran.

Dalam erti kata lain, seorang Pakar Ortotik mempunyai kepakaran dalam menyediakan pendakap ortopedik yang dibuat khas, serta menyediakan peranti pra-fabrik yang mengikut kesesuaian anggota badan kita, selalunya kaki la...Mesti korang pernah dengar pasal kasut yang dibuat khas mengikut keadaan, saiz, keperluan kaki kita..setiap orang mempunya kaki yang berbeza tau..

Pakar Prostetik pula lebih kepada kepakaran menyediakan anggota badan palsu dan juga menyediakan keperluan yang berkenaan.


Kalau korang nak tau, kat atas ni merupakan analisa kaki ibu. Kaki kiri ibu 3cm lebih panjang daripada kaki kanan dan daripada situ Sally dengan ibu dapat tahu yang lengkungan kaki ibu tidak seimbang diantara kedua-duanya.

Ianya menunjukkan yang ketidakseimbangan pada kaki ibu yang menjadi antara sebab kenapa ibu lebih terdedah kepada masalah kaki seperti sakit tumit, sakit pada bahagian tulang punggung dan pinggang dan biasanya akan mengalami sakit pada lutut jika berdiri terlalu lama.


Berita baiknya untuk mereka yang ada masalah kaki, ada kasut dan insoles yang sesuai boleh membantu kita mendapat postur berjalan yang betul dan semestinya boleh mencegah kecederaan pada bahagian kaki dan tubuh badan dan kembali sihat!

Jadi jangan abaikan kaki korang, ambil tahu ambil peduli dan dapatkan nasihat pakar!


Ibu pun sempat juga berbual dengan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin tentang masalah Osteoartritis. Kalau korang nak tau, Osteoartritis hakisan biasanya menjejaskan sendi-sendi jari. Tiada ubat sebab ini kira penyakit yang akan datang selari dengan umur cuma boleh la amalkan supplement yang tertentu.

Bezanya osteoartritis dengan penyakit sendi degeneratif ialah ia menyebabkan sendi membengkak, jari-jari menjadi bengkak dan kemerah-merahan. Risiko osteoartritis hakisan di kalangan wanita adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada lelaki.

So, kepada korang yang ada masalah kaki atau nak halang daripada mempunyai masalah kaki, korang boleh walk-in ke Sunfeet International sebab ianya dibuka setiap hari daripada pukul 10am - 7pm, atau boleh hubungi 013-528 3939 untuk temujanji.

SUNFEET INTERNATIONAL SDN BHD
Blk C, 18 Jalan 19/1, Seyksen 19, Petaling Jaya, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : Sunfeet International Rehab Centre

15 comments:

  1. kat sane die bagi penerangan ke atau mcamnae ye sally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kat sini boleh buat free pemeriksaan kaki macam yg akak nmpk ibu sally buat tu kak

      Delete
  2. Wahh bagusnya ada sunfeet ni lau ada mslh kaki boleh dtg sini mtk advise ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Kak El...lagi-lagi kalau akak nampak anak-anak yg ade masalah..kena cepat-cepat datang

      Delete
  3. bagusla..nak cuba cek la kaki kita ni..boleh tau kaki kita ni macam mana..huhu..ada kasut yang sesuai dngab kaki, selesa sikit kaki ni

    ReplyDelete
  4. Kalau masalah kaki kejang sebab sejuk ini masalah kaki juga ke? Tak dapat bayangkan kalau takde kaki nak berjalan terbatas anak drive pun susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mgkn sebab saraf..boleh cuba check kat klinik jugak

      Delete
  5. Baru tau kalau tapak kaki tak stabil memyebabkan kita sakit tumit dan lain lain. Nanpaknya akak pun kena analisis kaki kat sini

    ReplyDelete
  6. I have went there for my feet analysis and detected some that I need to take care.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada rawatan utk kaki.. Kdg2 org ambil lewa mengenai kaki kan.. Padahal kaki tu la penting utk dijaga sblum jd apa2.. Tp yg ni utk 1 kaki atau hanya tapak kaki shj? Bagaimana dgn urat kejang mcm simpul biawak tu..termasuk juga dlm treatment kaki ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly utk tapak kaki...sbb daripada tapak kaki boleh lead kepada macam-macam masalah...yg utk masalah kejang tu biasanya sebab saraf tapi boleh je tanya..mana tau ade sebab kenapa berlaku kan

      Delete
  8. selalunya kita tak ambil tahu sangat kalau cerita bab kaki kan.. tapi bila wujudnya sunfeet ni macam sesuai sangat untuk beri pengetahuan dan info tentang masalah kaki yang kita tak tahu dan mungkin tak sedar kita sendiri sedang hadapi..

    ReplyDelete
  9. Aah org selalu ambik remeh soal kesihatan kaki. Tapi sbnrnya kaki antara bahagian terpenting sebab kaki menampung berat badan kita tau. So memang kena jaga la. Kaki tak sihat, nanti macam2 penyakit boleh datang

    ReplyDelete
  10. Ada pemeriksaan kaki free? Kalau macam tu, bolehlah pergi.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!