Saturday, May 19, 2018

Kempen "Puas Puas Puasa" dengan California Raisins!



Kempen "Puas Puas Puasa" dengan California Raisins | Sempena Ramadan yang kini menjengah, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) telah memperkenalkan pelbagai resipi yang menggunakan kismis California yang semestinya sedap dan berkhasiat.

Rasanya kita semua dah sedia tahu yang kismis merupakan snek yang sihat tak kira la untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Ianya sangat kaya dengan nutrien dan manis secara semula jadi dan boleh menggantikan pengambilan gula dalam makanan seharian.


Richard Lieu; Trade Promotions Director for South East Asia, Raisins Administrative Committee

Menurut beliau, kismis sangat sesuai untuk dijadikan juadah untuk berbuka amhupun untuk bersahur kerana ianya lazat dan sihat. Pek kecinya boleh dibawa kemana-mana dan boleh dijadikan snek segera kalau tak sempat berbuka dirumah atau di mana-mana restoran.

Kismis California juga manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai jenis sajian, tak kira la pencuci mulut mahupun hidangan utama. Ianya juga tidak mudah rosak dan boleh digunakan terus daripada kotak - tak perlu basuh, tak perlu cincang. tak perlu kupas.


Hos TV9; Nur Affizza Azmi juga turut berkongsi 3 resipi mudah menggunakan kismis Caliornia yang boleh dicuba dirumah untuk berbuka puasa. Resipinya termasuklah Donut Masam & Manis Kismis California, minuman smoothie Puas Puas Kismis California dan Pasta Tom Yum Ayam Kismis California.

Senang je resipi dia dan kalau ibu yang bekerja pun masih ada masa untuk memasak balik daripada keja tuu..hihihi...Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1 1/2 - 2 cawan buah-buahan sehari.


Antara kelebihan Kismis California:
↪ Manis secara semulanjadi
↪ Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular, dan sistem saraf)
↪ Sumber serat dan nutrien
↪ Tidak mengandungi lemak dan rendah natrium (garam)


Pada hari yang sama juga sebenarnya blogger dan Social Media Influencer diberi peluang untuk dapat duit raya dengan dekorate sama ada cupcake ataupun cookies. Menggunakan bahan-bahan yang ada disediakan.

Huihhh...kita dalam kepala ni fikir nak buat macam-macam tapi hakikatnya hampeh je...sebab takde bahan yang disediakan ikut kepala ni haaa..itulah cabaran yang terpaksa kita hadap..hahahaha


Inilah antara hasil-hasil yang ada..hahaha...daripada banyak-banyak ni hanya ada 3 orang pemenang. Yang Sally punya takde pulak dalam gambar..entah macam mana boleh lupa nak ambik sendiri punya..hahaha..tak kisah lah..bukan menang pun..LOL


Tahniah kepada Racheal yang menang hadiah utama, dan kak Miera & Mar yang dapat tempat kedua dan ketiga. Kali ni takde rezeki pula nak menang, mungkin kurang kreatif kot..hahaha..

So, terima kasih juga buat Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sebab menganjurkan Kempen "Puas Puas Puasa" ni...lain daripada yang lain dan ternyata mmg banyak resipi dan kegunaan kismis yang kita boleh pelbagaikan...bukannya terhad hanya untuk makan sebagai snek...

Untuk maklumat lanjut untuk resipi menggunakan Kismis California, boleh ke www.calraisins.org dan www.calraisins.com

9 comments:

  1. Bestnya datang event yg kita boleh joint aktiviti ,ari tu nak pergi tapi waktu kerja pula. Kismis memang sedapkan

    ReplyDelete
  2. kat mana lah boleh dapat resepi tu sally..sedap plak dgr smoothie tu hihi..nti bolehlah beli raisin ni untuk stok bulan puasa..budak2 ni kurang makan kurma..kalau kismis tu laju lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat website dorang ade resipi tu kak...sally ade note kat last sekali :)

      Delete
  3. Kejap..raisin ni yg sllu org buat baking cake ke.. Rasa dia sama tak dgn kismis yg buat makan tu... Dah lama xbeli kismis cmni.. Sllu beli yg kotak2 kecik tuk mkn..hihi.. Btw, kreatif la dorg hias... Hehe..

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak nampak product Sun-Maid Raisins ni. Wujud lagi rupanya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah yang berjaya..Masak nasi ayam pun boleh letak kismis..apa lagi kalau kek , muffin atau kuih muih..

    ReplyDelete
  6. Wow best juga event macam ini, can join the cupcakes decorations. I want some raisins

    ReplyDelete
  7. Wow,bestla dapat join event cam ni.

    Anak-anak saya suka makan kismis ni.aritu pernah beli yang Sun Maid tu je.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!